ANIME THAT I WATCH DURING MCO : PART 2

ANIME THAT I WATCH DURING MCO : PART2






Assalamualaikum, aku saja nak bagitau yang kelas online dah nak start dah and aku akan kurangkan dari tengok anime and study. Maklumlah nanti aku ada final exam, exam didahulukan, anime diketepikan. And ni post aku yang ke 14, and anda semua dipersilakan tengok balik post-post aku yang sebelum ni. Harini aku nak cerita pasal  a certain Fate series iaitu Fate Zero.


SOURCE : GOOGLE
Well setakat ni aku baru tengok Fate : Zero, salah satu dari Fate series. Bagi aku awal-awal anime ni agak confusing sebab banyak sangat character yang keluar, susah nak ingat. Maklumlah anime ni cuma 25 episode ja. But after a few episode aku dah dapat ingat important character dalam cita ni. Fate series ni tentang Holy Grail War yang berlaku setiap 60 tahun, and every winner boleh redeem satu wish tak kira apa wish tu, it will be granted. 

SOURCE : GOOGLE
Well every Holy Grail War akan ada 7 master ngan 7 servant, means macam satu master pair ngan satu hero la and diorang akan lawan satu sama lain sampai satu pair ja yang tinggal. Satu benda yang paling menonjol dalam anime ni ialah dia punya fighting scene dia, memang real trok ah. Semua master akan dipilih secara random and servant dia pon random. Servant pulak ada 7 jenis iaitu saber, lancer, archer, rider, caster, assasin and berserker. Master pon tak tau jenis servant mana yang diorang akan dapat, kira nasib jugakla ni.


SOURCE : GOOGLE
Ni merupakan favourite servant dalam Fate\Zero iaitu saber type. Even dia ni perempuan tapi dia  ni so OP and badass. Masa dia lawan lancer tu pergh memang stai gila ah tapi tengah-tengah lawan tu rider mai kacau and aku taktau apa masalah dia, lawak pon ada gak masa rider mai kacau tu. Saber ni merupakan Hero yang pernah wujud dulu tapi dah mati, dia akan dihidupkan semula kalau dia terpilih sebagai servant masa Holy Grail War. Nama sebenar dia ialah Artoria Pendragon.


SOURCE : GOOGLE
Kiritsugu vs Kotomine Kirei ni antara fight yang paling best dalam Fate/Zero ni. A battle between 2 master. Aku sumpah doh fight scene dia memang best kalau korang tak percaya pergi youtube and search Kotominei Kirei vs Kiritsugu . Kalau korang nak tahu sapa menang Holy Grail War ni korang kena tengok la, 25 episode ja pun.





And sampai sini saja aku nak cerita pasal salah satu Fate series iaitu Fate/Zero, aku lupa nak bagitau yang anime ni asal daripada novel. Aku akan post banyak lagi tentang anime dalam blog aku ni, so stay tuned for my next entry.


PEACE OUT...

Comments