PENGALAMAN KERJA SEBAGAI SEORANG RIDER

Assalamualaikum and Good Morning BLOGGERRSSSS !!!
kembali korang dengan aku . Harini aku akan cerita kan pengalaman aku bekerja sebagai seorang " rider " . Rider ni ada banyak jenis , ada rider penghantaran makanan , ada rider hantar surat , ada yang hantar barang - barang sparepart and macam macam lagi la. Apa je kerja yang gunakan motor akan dipanggil rider . So macam aku , aku rider untuk syarikat agensi bank , sebuah syarikat yang menjadi orang tengah antara bank dan customer . So kerja aku hari - hari hantar surat pergi rumah orang , then mintak collector detail sebagai pengesahan camtu semua .

SOURCE : GOOGLE


Kerja sebagai rider ni bagi aku amat mencabar jugak la , sebab salah satunya kita main dengan masa . Lagi cepat kau hantar lagi bagus , tapi kalau lambat kau hantar , kena potong elaun la hahaha . Campur pulak dengan jalan yang jem area kl ni , takkan nak bawak 140 KM/H pulak kan , so kena la slow sikit . Dicampur pulak dengan rakyat - rakyat yang tak bertamadun seperti masuk simpang tak bagi signal , tukar lane sesuka hati , suka makan space macam dia bawak treler , benda benda macam ni yang lagi membuatkan rider lambat hantar barang bila dah accident nanti .

SOURCE : GOOGLE




Satu lagi kerja rider ni orang panggil kerja low class , dipandang rendah , gaji ciput . Sebabnya orang fikir kami sebagai rider ni amik barang then sekelip mata sampai rumah then terus dapat duit . Tapi diorang tak tahu yang motot kat malaysia ni takda aircond so terpaksa berpanas berpeluh atas motor , bontot cramp sebab duduk lama atas motor , pertaruhkan nyawa , redah hujan atau panas demi memenuhi citarasa customer , tapi sampai sekarang rider rider ni dipandang rendah , digelar mat motor , mat rempit , tak berpelajaran tinggi . Tapi apa yang penting , diorang tetap ikhlas buat kerja kerja ni walaupun gaji sikit , kuli hitam sebab berjemur atas motor , boleh bawak mati kalau accident , diorang gadai semua ni untuk memberi rezeki yang halal kepada keluarga . Akhir kata dari aku , kita jangan la nak pandang rendah dekat orang orang yang kerja macam ni , sebab diorang ni kerja ikhlas untuk sara keluarga diorang .
SOURCE : GOOGLE

So , kita sebagai rakyat Malaysia , jangan lah pandang rendah kepada rider rider di luar sana , kerana merek juga ada lah sebahagian dari barisan hadapan ketika Malaysia dilanda pandemik COVID-19 .Thankyou Malaysia ....

Comments