Nampak Mudah Tapi Leceh

Assalamualaikum geng,

Apa khabar??

Mula-mula sekali,aku nak ucapkan kat korang semua sebab berjaya untuk kawal diri dari keluar dari rumah.U guys are awesome!!!.Sebenarnya benda yang korang buat tu adalah satu pengorbanan untuk negara dan rakyat Malaysia.Korang bayangkan kalau kita semua jalan-jalan kat luar pastu infected dengan wabak ni.Macam-macam korang kene tanggung.Kan???


OOkkkk.
Jadi harini,aku nak share dengan korang beberapa aktiviti aku yang aku buat dekat rumah.Ada banyak sebenarnya tapi aku share few jee..


Biasalah duk rumah bosankan,lagi-lagi bila tak boleh keluar jalan-jalan.Kan??

First thing yang aku belajar dari mak aku adalah,cara buat Bunga Raya pakai tali Rafiah.Ini antara kraftangan yang mak aku ajar paling kompleks.Korang tahu sebab apa??Korang kene tengok next entri aku.Kat situ nanti aku tunjukkan kat korang macam mana nak buat.Senang cerita kalau korang tak cukup kreatif tak payah berangan nak buat lah..hahahhaha

Second,aku belajar buat bantal pakai kekabu.Asalnya korang kene kutip atau jolok buah kekabu kat pokok.Macam aku ni senang sikit sebabnya memang dah ada pokok kekabu kat depan rumah nenek aku.So,rembat jelah.So lepas korang kutip buah kekabu tu,korang kene kopek buah tu.Buah tu kene banyak tau.Pastu kene pastikan dia dah tu(Kulit dia warna coklet-coklet canggitu).BTW, ni semua gambar google sebab kamera fon aku rosak.Tapi kalau korang nak tengok yang betul-betul punya mai lah datang rumah.
ni yang dah siap

ni masih mudah.kulit masih lembut.keras pulak tu.Kalau jatuh atas kepala sakit WOOOOO!!!!

Ok geng,this one yang dah tua sesua.kau kopek.Jemur pastu kemaskan dia


Sebenarnya kulit dia bila makin tua makin senang terkopek.Yang kat pokok ni sama lah.bila angin kuat kan dia tertanggal.Macam kapas kan?

NI satu contoh.Yang dalam plastik tu yang bersih.siap kopek,bersihkan semua.Mahal jugak sekarang harganya sebungkus.


Lepas kopek tu apa kene buat korang adalah buang biji-biji hitam dalam buah tu.Kira buah benih dia lah. sebabnya kalau korang tak buang.Nanti aku takut bila bantal tu kene air pokok tumbuh pulak kt situ.hahhahahha
Ok.pastu jemur kekabu tu sampai dia kembang.baru korang masukkan dalam kain sarung.
*kekabu tu kene bnanyak tau.senang citer,ikut saiz bantal yang kau nak.

Last yang aku nak share adalah cara buat air soya.Haaaaa...jangn terkejut sebab yang ni bukan mak aku yang ajar tapi abang ipar aku yang ajar.Untuk yang ni.Aku akan buat entri untuk korang,so selalu lah check bila aku dah siap nanti.

Ok geng,itu je yang aku nak share tengahari ni.Jadi selamat maju jaya and #Stayathome.





Comments