Jom Tanam Pokok !!!

Assalamualaikum dan Hai guys!
 Apa khabar semua?Harap semua sihat sejahtera!

Harini Syahir nak kongsi beberapa pekara dengan anda semua iaitu 3 buah pokok yang Syahir baru tanam sepanjang musim PKP baru-baru ni.
Almaklumlah,kebosanan yang melanda melintaskan idea untuk tanam pokok ni.
Tapi taklah hebat mana pun,cuma bolehlah setakat untuk pokok hiasan halaman rumah.

1) Pokok Bunga Kertas

Pokok ni  kalau saintifiknya orang panggil BOUGAINVILLE.
Kalau kami yang kampung-kampung ni panggil bunga kertas jeee..
Mula-mula Syahir beli 3 buah pokok dekat Nursery.Harga pun murah baru RM6 satu.
Waktu Syahir beli pokok ni memang semua dah lebat berbunga.






Tapi......
Lepas pindah dari polybag,bunganya tu semua luntur.Mungkin sebab tanah tak sesuai atau Syahir siram terlalu banyak air.
Mari doakn agar hayat pokok ni akan berpanjangan.


2) Pokok Kubur  atau Pokok Susun Kelapa

Haaaaaa....seram kan dengar nama pokok ni.Mestilah seram..Sebab kalau anda pernah pergi tanah perkuburan mesti ada nampak pokok ni atas-atas kubur tuuu..
Tapi walaupun nama dia pokok kubur tak semestinya kat kubur jee mesti ditanam.
Boleh sebenarnya buat hiasan di halaman rumah.Jangan risau takde hantu datang pun...



Okayyy...Pokok ni pulak Syahir beli satu je sebabnya nak try hasilnya bila membesar nanti cantik tak!Disebabkan itu Syahir payung gambar kalau dia dah rimbun.Gambar yang  ini dari GOOGLE.Kalau Syahir punya,yang comel kat atas tu...HUHUHUHH.



3)Pokok Lidah Buaya atau ALOEVERA

Pokok lidah buaya ni sebenarnya my kesayangan sebab senang nak jaga.
Pokok ni susah nak mati.HAHAHAHHAH.
Sebabnya haritu,abah Syahir pergi racun rumput kat halaman rumah jadi teracun sekali pokok ni.Yang terkejutnya tak mati.Sampai sekarang.Maybe sebab racun tu hujan kot jadi racun dah lunturr.
Pokok ni scientificnya orang panggil ALOEVERA..yang korang dokk kata bagus untuk rambut tu.

yang ni kecik lagi lepas tu perlu kemaskan baru dapat besar.Syahir ni malas sikit.Jadi faham-faham jelah.
HEHEHHE..





ok guys,sekadar itu sahaja perkongsian dari Syahir harini yee.korang yang kat rumah dah bosan-bosan tu bolehlah mula menanam.Tak kesah tanam apa pun.Orang kata biar BERBAKTI pada tanah.
Kau jangan tanam ganja sudah.HAHHHAHAHA....Kang kene tangkap susah pulak.

Bye.Assalamualaikum.





Comments