ALAM???

Assalamualaikum dan selamat petang geng!

Harini Syahir nak kongsikan dengan korang tentang proses kemasukan ke ALAM.
Korang mesti tahu kan ALAM-Akademi Laut Malaysia.
ALAM ni sebenarnya secara ringkasnya adalah institusi pendidikan swasta yang melatih bakal pelaut kapal dagang atau pelaut yang ingin melanjutkan kursus-kursus khas.







Kat sini ada banyak kursus yang ditawarkan, antaranya adalah Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Marine Engineering. Kedua-dua diploma yang ditawarkan ini adalah untuk kadet. ALAM juga menyediakan latihan buat kelasi bagi 'deck' dan 'engine'.Bagi kursus pendek bagi pelaut sedia ada juga disediakan.
Syahir adalah kadet pengambilan batch yang ke-26 Diploma Pengajian Nautika.
Pada mula permohonan,Syahir ada isi satu borang dekat laman web ALAM atas rujukan abang saudara.
Sebulan selepas itu Syahir dipanggil untuk temuduga di Dewan Polaris.

Untuk pengetahuan korang,kat ALAM ni ada banyak juga biasiswa.Cumanya tengok kepada kelayakan dan rezki korang.Setakat ni yang Syahir tahu adalah dua atau tiga.Antaranya, Eaglestar (under MISC) dan JPA.Tapi katakan kalau korang tak dapat biasiswa jangan sedih jangan risau sebab PTPTN juga ada sediakan pinjaman berdasarkan tangga gaji ibu bapa korang.

Okay....selepas temuduga ALAM ada hantar email yang mengatakan Syahir dapat biasiswa dari EAGLESTAR.Alhamdulillah....Jadi Syahir hanya sediakan barang berdasarkan senarai yang disediakan melalui emel.
  
Syahir daftar ALAM pada 7 JULAI 2019.Sekarang dah genap setahun dah Syahir kat sini...
Ok tu je perkongsian pendek Syahir..kalau korang ada apa-apa soalan yang nak tanya pada Syahir boleh isi pada ruangan komen kat bawah😀


Comments