MY TOP 5 ANIME : FANTASY

MY TOP 5 ANIME : FANTASY





Assalamualaikum, this is my tenth entry in this blog. Three days in a row, aku terasa rajin lak nak buat something dalam blog so harini aku nak post. So today genre is my favourite genre of all the genre. And genre kita pada harini ialah fantasy. Bagi aku genre ni paling best and semua cita under genre ni memang terbaik. Lagipun banyak sangat anime under genre ni tapi tak semua aku dah tengok, slow-slow gitu. This Is My Top 5 Anime : Fantasy.





5.HUNTER X HUNTER

SOURCE : GOOGLE
Ni antara anime yang ada dalam watchlist aku sebab aku tak tengok lagi cita ni. Ada banyak lagi dalam watchlist yang aku nak tengok, sekarang baru ada masa nak tengok sikit. Terima kasih kerana cuti-cuti corona ni aku baru leh tengok semua anime ni. Dalam cita ni hunter merupakan orang yang ada lesen untuk cari harta karun, raksasa ataupon orang lain. Setakat tu je la aku boleh cita sebab aku baru tengok sikit ja. HAHA sorry tapi aku still nak letak dalam list aku sebab cita ni best.




4.ATTACK ON TITAN

SOURCE : GOOGLE
Anime ni pun under genre fantasy, aku dah pernah post pasal anime ni dalam post aku yang sebelum ni  tak silap aku post apocalyptic kot. Ada satu episode tu memang aku macam pelik gak kenapa jadi macam tu, and episode tu bila Eren kena makan ngan titan. Serius ah main character mati awal sangat and kata dia nak revenge mak dia pastu kena makan. Kalau hampa nak tau apa jadi, tengokla anime ni dari season 1, and satu season dia tak la banyak sangat episode dia.





3.DRAGON BALL SUPER

SOURCE : GOOGLE
Kalini aku nak cakap spesifik skit, korang mesti tau kan siri Dragon ball ni sebab ni antara anime paling lama yang pernah aku tengok. Aku start tengok anime sebab cita ni la. And ni merupakan sambungan daripada siri tu. Dragon ball super ni memang best bila tournament of power tu start. Semua orang terkuat dari universe lain lawan sesama sendiri untuk pastikan universe diorang selamat dan tak dihapuskan oleh Zeno sama.Oleh tu Goku kumpul orang terkuat dari universe dia untuk berlawan kat sana termasuklah Frieza. Korang tengok la anime ni sebab memang best masa final fight tu, sumpah do best gila.





2.FULLMETAL ALCHEMIST : BROTHERHOOD

SOURCE : GOOGLE
FMA Brotherhood ni cuma bercerita tentang satu plot sahaja. But dengan satu plot depa create marterpiece melalui anime ni. Ni bukan sequal dari fullmetal alchemist yang asal tapi remake. Aku syorkan korang tengok yang ni sebab storyline dia lagi best walaupon plot dia sama ja. So jangan buang masa korang dengan tengok dua-dua and then nyesal tengok salah satu. Tapi aku rasa korang takkan nyesal langsung. Summary dia, diorang ni cuba untuk dapatkan badan diorang balik sebab diorang telah melakukan taboo iaitu kesalahan besar dalam anime tu, dengan tu anggota badan diorang dah diambil sebagai ganti buat taboo tu. Nampak ja macam simple tapi tu bukan main plot dia. Korang kena tengok kalau korang nak tahu kesudahannya.





1. ONE PIECE

SOURCE : GOOGLE
Ni merupakan anime favourite aku, dia punya soryline, grafik ngan animation dia semua lengkap. Even watak dia pon semua connect to each other. Kadang aku tak expect something yang akan jadi, writer manga ni memang bagi aku genius. Korang kena ada jiwa yang kental dan kesabaran yang tinggi sebab anime ni dah 900 lebih episode dah but still ongoing. Yes banyak gila en tapi writer dia kata mungkin akan habis lagi 4-5 tahun. So korang kena sabar la kalau nak tengok ending dia. Aku pon kena tunggu la apa akan jadi nanti.





And that is My Top 5 Anime : Fantasy. Aku akan tulis banyak lagi tentang 'My Top 5 Best', so stay tuned for my next entry.


PEACE OUT...

Comments