MY DREAM LAPTOP NO.1

Asalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada para pembaca seklaian,

Pada post yang lepas, saya ada berkongsi ilmu tentang 3 laptop terbaik untuk pelajar. Pada hari ini pula, saya akan bercerita tentang laptop idaman saya. Saya mempunyai beberapa laptop idaman buat sementara waktu ini, maklumlah barang buatan manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Saya mula berminat dengan laptop - laptop ini setelah membuat kajian tentang laptop seperti yang saya bagitau pada post yang lepas. Anda mesti  tertanya - tanyakan laptop apa yang saya idam - idamkan ni? Ha, kalau nak tau lebih lanjut, teruskan membaca sampai habis. Oh, saya ingin mengingatkan para pembaca bahawa saya hanya bercerita secara kaasar sahaja tentang laptop ini. Bukan apa, takut ada yang muntah kepeningan pulak membaca nanti.

Source : Google

So, inilah dia laptop idaman saya No.1. Nama laptop ini adalah ASUS ROG ZEPHYRUS S (GX531). Seperti di dalam namanya, laptop ini merupakan laptop keluaran Asus. ROG bermaksud Republic of Gamers iaitu suatu "trademark" di bawah Asus di mana produk - produk yang berkaitan dengan gaming duduk di bawahnya.


Source : Google

Seperti yang dilihat di dalam gambar, laptop ini mempunyai 1x combo audio jack, 2x usb port, 1x usb port type-C, charger port di bahagian kiri laptop ini berdasarkan pandangan kita. Di bahagian belakang laptop ini pula terdapat 1x HDMI port dan juga 1x Kensington lock port. Akhir sekali, di bahagian kanan laptop, ia mempunyai 1x usb port dan 1x usb port type-C.


Source : Google

Ha, nampak tak apa yang saya nampak. Mesti ada yang pelikkan kenapa dia punya keyboard diturunkan kebawah dan trackpad dia kekanan kan? So, moh sini dengar den nak kabar. Perkara ini terjadi supaya pengudaraan dalaman laptop ini menjadi lebih lancar. Di ruangan atas keyboard ini sebenarnya adalah ruangan laluan angin sejuk untuk memasuki bahagian dalaman laptop dengan bantuan 2 biji kipas di dalamnya. Angin panas akan keluar melalui bahagian bawah laptop ini. Trackpad ini juga boleh ditukar ganti dengan numberpad hanya dengan satu butang sahaja seperti yang dapat kita lihat di dalam gambar.


Source : Google

Seperti yang anda lihat, laptop ini mempunyai fungsi RGB di bahagian keyboard, logo ROG dan bahagian kiri dan kanan bawah laptop. Ini merupakan antara faktor tarikan buat kebanyakan laptop gaming tetapi Asus mempunyai keunikannya yang tersendiri.


Source : Google

Nah, bagi cuci mata dulu sebelum sambung. Bayangkan buat kerja atau main game pakai laptop ni digabungkan dengan heaadphone dan mouse tu. Pergh... Mantap!


Laptop ini mempunyai spesifikasi seperti yang berikut :-

Processor : Intel Core i7-9750H
RAM : 16GB DDR4
Graphic Card : NVIDIA GeForce RTX 2080 (Max-Q)
Storage : 1 TB SSD
Size : 15.6" INCH FULL HD IPS 240HZ
Build Material : Metal

Spesifikasi yang saya kongsi ini hanya yang saya idamkan. Ada banyak lagi spesifikasi lain yang terdapat pada laptop ini. Kalau anda nak tau dengan lebih lanjut, silalah layari www.asus.com atau pergi kedai - kedai komputer / digital berhampiran dengan anda. Saya rasa sampai sini sahaja saya bercerita tentang laptop ni. Harap anda dapat menerima apa yang saya cuba untuk sampaikan pada post ini. Segala salah silap atau kekurangan dalam post ini harap anda dapat maafkan. Nantikan perkongsian untuk laptop idaman saya yang lain di masa akan datang. 😉

Sekian, terima kasih.

Asalamualaikum.

Comments