Tasjil Anis Salatin

Hi guys dan selamat tengahari.

Dah makan?Aku harap koarang semua sihat sejahtera ye!!!
So  tengahari ni aku nak kongsikan hasil pembacaan aku tentang rahsia keagungan negeri Melaka.Macam yang kita tahu lah kan Melaka ni negeri yang sangat hebat dulu kala.Sehingga dikatakan kerajaan Melaka meliputi keseleruhan Asia Tenggara.

Kesultanan Melayu Melaka

@

Buku "Tasjil Anis Salatin"ditulis oleh Farahana Suhaimi yang bermaksud Rahsia Agung Melaka.
Jadi harini aku nak kongsikan 3 perkara yang menarik minat aku untuk membaca buku ni.Perkara-perkara ini yang membangkitkan dan meruntuhkan negeri Melaka.

1)Selat Melaka
Korang tahu kan selat Melaka ni kat mana??
Sebenarnya,pada penilaian aku kehebatan negeri Melaka pada ketika itu sebenarnya terletak pada kedudukannya yang strategik.Macam yang kita tahu,Selat Melaka sehingga kini adalah laluan utama para pedagang kapal.Itu yang Singapore boleh kaya raya .Sebab kedudukannya yang snagat strategik,Melaka menyediakan pelbagai kemudahan kepada kapal-kapal.Contohnya tempat berlabuh,tempat rehat,malah Melaka juga tempat penyebaran agama Islam pada suatu ketika dahulu.Jadi wajarlah Melaka sangat hebat dan diminati oleh negara barat untuk dijajah.Kedudukan strategik ini  sebenarnya memudahkan orang untuk datang ke Melaka sekaligus memperkasakan kerajaan negeri Melaka.Ini antara sebab kebangkitan Melaka.
Selat Melaka

laluan Selat Melaka@Singapore.


2)Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Ok sekarang ni masuk pasal undang-undang pulak.Ok cuba korang bayangkanlah,sebuah negara maritim yang hebat dan gah tanpa undang-undang.MUSTAHIL!!!kan?

Sebenarnya nak jadikan cerita tanpa undang-undang,mustahil berlaku ketamadunan.Manusia perlukan undang-undang sebagai panduan.Oleh itu,secara ringkas di Melaka dulu-dulu ada dua jenis undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Hukum Kanun Melaka ni terdiri daripada 44 fasal yang kemudiannya dilaksanakan pada kesemua negeri jajahannya.
Undang-undang Laut Melaka pulak terdiri daripada 25 bab  dan 8 lampiran.
Ok secara keseluruhannya,kesemua undang-undang ini memudahkan pentadbiran negeri Melaka.
contoh Hukum Kanun Melaka

Undang-undang Laut Melaka



3)Melaka dan Rasuah.
Ok yang ni terakhir,antara perkara yang menyebabkan kerentuhan nergeri Melaka.RASUAH!
Sehingga sekarang,kita boleh tengok mana-mana negara yang terlibat dengan rasuah mesti terima kesan yang besar pada pelbagai aspek macm ekonomi,kependudukan sehingga perniagaan.
Sebab tulah wujud statement RASUAH MUSUH NEGARA!
Sesiapa yang melakukan rasuah merupakan musuh negara.

Dalam cerita negeri Melaka ni,sebenarnya banyak je kes rasuah dulu-dulu,antara contohnya;
terdapat pegawai penguatkuasa di Melaka yang meminta rasuah daripada para pedagang.
Macam yang kita tahu Melaka ni ada jaringan ekonomi yang sanagat pesat dan besar.Jadi kat mana-mana ada je aktiviti jual dan beli.Tapi di Melaka,aktiviti jual beli dilarang di tempat awam ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah.Jadi untuk membenarkan aktiviti ini berjalan secara gelap,makan petugas penguatkuasa memerima suapan daripada peniaga untuk berniaga.
@


Kesimpulannya di sini untuk memastikan peraturan dijalankan sebaik mungkin,sebenarnya pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik.
Kepimpinan Melalui Teladan. 

OK,itulah sedikit pengajaran dan tauladan yang aku nak cerita pada korang semua.
Sejarah mengajar kita erti kehidupan.Berusahalah menjadi terbaik.Sejarah bukan untuk menghukum.Tetapi untuk dijadikan pengajaran agar tak diulang pada masa hadapan.

Sekian.
Stay safe dan #stayathome.

Comments