MY PANDEMIC GAMING LIFE

Hi guys,ini kali kita sembang dalam BM pulak kasi semua faham.Aku nak share kat korang ni pasal game yang aku terokai time musim corona ni.


FIRST UP,
Grand Theft Auto 5 keluaran Rockstar 6 tahun lepas mengisahkan tentang hidup 3 orang karakter utama iaitu Michael,Trevor,Franklin dengan misi mereka yang utama untuk merompak Union Depository iaitu bank utama Los Santos dengan merembat emas berjumlah 200 juta USD.Game ni tunjuk kat aku tentang istilah persahabatan dan betapa pentingnya untuk ko bekerjasama dengan kawan kawan korang.Jangan anggap benda semua dalam game ni korang kena buat kat luar.Tak pasal pasal bank negara kena rompak nanti korang cakap aku bagi idea....hahahah....dan part ending ni boleh jadi sedih atau boleh jadi happy....pandai pandai lah buat pilihan yer.

KEDUA,
Yang ni pulak Batman Arkham Knight,game ni serius best and realistic....banyak gila plot twist yang akan jadi yang buat aku pening....tapi atlast setel gak ah game ni....not bad grafik semua..main normal mode pon agak susah tapi kalau korang true gamers korang boleh ah main yang hard mode...Game ni literally jalankan kisah Batman dalam movie movie dia sebelum ni....ada je lagi game batman lain korang boleh cari kat internet.

KETIGA,
Yang ni para jejaka semua konfem tau punya...tak tau kalau baik kena corona jelah....hahahaha jkjk...Fifa 19 ni aku main sebab boleh cari free dan takyah guna Origin platform....kalau guna platform Origin kena bayar mahal beb...maklumlah elaun takde so kena ah cari game free....Fifa 20 belum lagi release free origin base so aku terjah fifa 19 ni....dia syok dia korang main The Hunter mode sebab korang boleh rasa hidup seorang pemain bola dengan kontrak kontrak bagai tu....cara jawab dengan orang semua....haa lebih kurang cenggitulah


TERAKHIR,
Ini geng serius mantap....Prototype 2 ni mengisahkan tentang karakter main dia James Heller dalam menghalang penyebab dia jadi macam dalam gambar tu,Alex Mercer daripada menyebarkan virus tu kepada semua rakyat bandar tu...tapi fight dia dalam game tu serius gg geng....grafik dia boleh tahan and try ah main expert mode....serius mencabar.

Itu je geng ini kali..See you soon.

Comments