JALAN - JALAN MENCARI MAKAN PART 1

Asalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian.

Hari ini saya akan bercerita lagi, tetapi kali ini lain daripada yang lain kerana saya akan bercerita tentang makanan. Beberapa bulan yang lepas, semasa cuti awal tahun saya dan tiga orang sahabat saya bersama - sama melakukan food hunting. Walaupun dengan bajet yang kecik, ia amat memuaskan dan tidak rugi untuk mencubanya. Baiklah, mari saya ceritakan.

Saya dan dua orang sahabat saya (nama dirahsiakan) gerak dari stesen KTM Shah Alam ke KL Sentral dengan menaiki KTM ke arah itu. Selepas sampai di KL Sentral, kami meniki LRT laluan Kelana Jaya dan berhenti di stesen Taman Melati. Sampai sahaja di stesen Taman Melati, kami menunggu seorang lagi sahabat kami untuk menjemput kami menggunakan kereta. Setelah itu, kami pun terus menuju ke kedai yang kami ingin pergi. Pada waktu itu, jalan sudah mulai sesak kerana ramai orang pulang dari kerja. Jadi kami agak lambat untuk sampai ke kedai itu.


Source : Google

Ha, ini lah kedai yang kami tuju itu. Kafe THE BRGR yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Saya amik gambar ini dari google kerana tidak sempat untuk tangkap gambar hadapan kedai itu kerana sewaktu kami sampai itu keadaan sudah mulai gelap. Jadi kami perlu makan dengan secepat mungkin supaya tidak terlalu lewat balik ke rumah.


Source : Google

Inilah salah satu contoh menu yang ada di kedai itu. Terdapat beberapa lagi menu yang terdapat di kedai itu. Seperti tadi, menu juga saya tidak sempat untuk menangkap gambar kerana sesampainya kami di kedai itu, kami terus memesan makanan di kaunter dan duduk di meja yang disediakan.





Dua gambar ini adalah burger yang saya order semasa di kedai itu. Saya akui, angle gambar yang saya tangkap itu tidak berapa cantik namun seperti yang anda lihat terdapat cheese yang melimpah keluar daripada burger tersebut. Burger yang saya order ni adalah Triple Cheese burger dia yang juga merupakan signature dish kedai tersebut. Apa yang bboleh saya katakan, mereka tidak kedekut cheese dan ianya berbaloi untuk mencuba 😋. Kami berempat order burger yang berbeza supaya dapat saling merasai antara satu sama lain. Antara burger yang terkenal di kedai ini adalah soft shell crab burger dan korean spicy burger mereka. Burger cheese mereka tidak kurang hebatnya.

Saya rasa sampai itu sahaja saya bercerita buat kali ini. Sambungan perjalanan saya mencari makan ini akan saya cerita di post yang lain. Harap anda terliur sedikit walaupun dengan gambar dan perkongsian yang sikit ini. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut dan mendapatkan menu serta gambar burger yang lebih menyelerakan, anda boleh la pergi ke akaun Facebook atau Instagram anda dan search The BRGR. Nantikan sambungannya di post yang akan datang!!! 😉

Sekian, terima kasih.

Asalamualaikum.

Comments