4 SPOT MAKAN YANG KORANG KENA PERGI AREA KUALA LUMPUR !!!!

Assalamualaikum and Goodmorning gengg.. harini abang nak cerita tentang kedai makan yang dikategori kan sedap dan famous di area Kuala Lumpur . Sebelum korang sambung jangan lupa subscribe , like and share post ni 🤣🤣🤣

Okay , for the first one , abang syorkan korang pergi Cendol Durian Kampung Baru . Kenapa abang syorkan kedai makan ni , sebab abang dah pernah makan and dijamin sedap . Harga dia tak terlalu mahal , orang kata kena dengan harga la hidangan dia . Selain cendol durian , macam macam jenis cendol pun ada diorang sediakan seperti cendol pulut , kacang , jagung , aiskrim . But the main menu is cendol durian . Cendol durian dia pun korang boleh pilih nak durian jenis apa , tapi lain harga lah . Rate harga for cendol durian start dari RM12 - RM30+ . Durian pun diorang bagi seulas kau haaaa . Korang memang patut try makan kat sini ....
SOURCE: GOOGLE


Next spot is , Ayam Gepuk Pak Gebus . Makanan ayam gepuk ni lebih kurang macam ayam penyet , tapi ada lain sikit la. Satu hidangan dia didatangi Nasi Putih , Ayam Gepuk , Sambal , sedikit sayur and tauhu . Sambal dia korang boleh pilih tahap kepedasan diorang yang korang nak . Mana yang tak makan pedas sangat boleh pilih yang biasa , mana yang hantu pedas korang boleh mintak yang berapi punya . Harga dia a bit pricey dalam Rm10 camtu , ikut kepada set yang korang pilih untuk makan...
SOURCE: GOOGLE


Seterusnya ialah Ayo Fried Chicken . Ayo Fried Chicken ni menghidangkan set kepak ayam goreng , dan ditambah sos keju cair di atas ayam goreng tersebut . Set dijual mengikut berapa ketul ayam yang korang pilih . Bagi abang , ayam dia memang sedap and cheese dia tak terlalu muak bila korang makan . Ayo Fried Chicken sekarang cawangan dia dah banyak tempat dibuka so korang boleh search je area yang terdekat dengan korang ....
SOURCE: GOOGLE


Yang terakhir ialah , Burger Bakar Abang Burn . Kedai ni hidangkan pelbagai jenis burger bakar . Daging burger tersebut adalah homemade ataupun dibuat sendiri dengan resipi tersendiri . Daging yang dibakar secara grill dan pelbagai pilihan sos yang diberi menambahkan keenakan burger tersebut . Pelbagai hidangan lain seperti Cheesy Fries turut disediakan . Bagi yang peminat keju , abang syorkan sebab keju dia memang tarikkk habisssss .. korang memang patut try kedai ni ...
SOURCE: GOOGLE

Comments