MotoGP 🏍 Weng Weng

 Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada pembaca, semoga anda sihat dan sentiasa sosial distancing di mana mana. #kitajagakita. 

Okay diatas ni hanyalah mukadimmah sahaja. Sebelum ini saya telah berkongsi tentang Formula One( F1) .Skrang pula saya ingin berkongsi ilmu tentang MotoGP 🏍. So sebenarnya apa itu nama panjang dia kan? 


Poster MotoGP


Moto GP ni singkattan utk Moto Grand Pix. Antara yg terkenal lah yg semua pernah tau pernah dengar semestinya Valentino Rossi 46.


So siapa sebenarnya Rossi 46 yg selalu disebut ramai tu kan? Valentino Rossi ni lahir pada 16 Februari 1979 di Urbino dan merupakan seorang pelumba motosikal profesional berbangsa Itali serta juara dunia berbilang kali di dalam kejohanan MotoGP. Beliau adalah salah seorang daripada pelumba motosikal paling berjaya sepanjang zaman, dengan 8 kali gelaran juara dunia acara MotoGP. Pada tahun 2006, beliau terlepas gelaran ke-8 beliau kepada Nicky Hayden, dan tahun seterusnya pula dengan Casey Stoner. Menurut Sports Illustrated, Rossi adalah atlet sukan dengan pendapatan ke-7 tertinggi di dunia, dan kedua di luar Amerika Syarikat, dengan pendapatan lebih kurang AS$30 juta setahun.



Valentino Rossi 46

Kalau korang semua nak tau sebenarnya, MotoGP dan F1 ni macam adik beradik ah cuma kenderaan jelah yg beza.

Kejohanan Dunia Grand Prix Motosikal merujuk kepada perlumbaan motosikal paling utama yang setaraf dengan Formula Satu. Ia terbahagi kepada 3 kategori perlumbaan iaitu 125cc, Moto2 (sebelumnya 250cc) dan kelas MotoGP. MotoGP menggunakan motosikal khas yang hanya digunakan dalam perlumbaan dan tidak terdapat di atas jalan raya; tidak seperti Kejohanan Superbike Dunia yang menggunakan model motosikal superbike yang sedia ada untuk kegunaan di atas jalan raya.



Apa benda yg 125cc , Moto2 ( 250cc) , kelas MotoGP tu?


MotoGP Class (125CC)



Okay 125cc tu Motosikal satu silinder 2 lejang dengan sesaran enjin tidak melebihi 125 cc serta berat tidak kurang daripada 80 kg. Mulai tahun 2005, usia pelumba kategori 125 cc tidak boleh melebihi 28 tahun atau 25 tahun bagi pelumba baru serta pelumba "wild-card".


Moto2 Class (250cc)



Kalau Moto2 ( 250cc) pulak Motosikal dua silinder 2 lejang dengan sesaran enjin tidak melebihi 250 cc serta berat minimum tidak kurang daripada 100 kg.


Last sekali Kelas MotoGP3 Class



Motosikal 4 lejang dengan sesaran enjin tidak melebihi 800 cc (sebelum ini 990 cc). Motosikal tertakluk kepada had maksimum muatan tangki bahan api iaitu 21 liter bagi musim tahun 2007. Pasukan serta pengeluar bebas untuk memilih konfigurasi enjin tersendiri tetapi tertakluk kepada had berat minimum seperti berikut:-


Had berat minimum - Kelas MotoGP


Bilangan silinder

2004 Min

2007 Min

Perbezaan

2 silinder

135 kg

137 kg

2 kg

3 silinder

135 kg

140.5 kg

5.5 kg

4 silinder

145 kg

148 kg

3 kg

5 silinder

145 kg

155.5 kg

10.5 kg

6 silinder

155 kg

163 kg

8 k


MotoE Class



Piala Dunia MotoE diperkenalkan pada tahun 2019 dan dilengkapi dengan motor elektrik semua. Siri ini menggunakan motosikal Energica Ego Corsa khas, yang dihasilkan oleh Energica Motor Company. [28] [29] Musim pertama dipertandingkan selama 6 pusingan (pada 4 hujung minggu Grand Prix).



Ni pasal top dunia MotoGP, Malaysia takde wakil ke?


Malaysia juga pernah menghasilkan bekas pelumba kategori 250cc iaitu Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, sayangnya beliau bersara setelah Pasukan Petronas Sprinta TVK dibubarkan pada penghujung 2002. Kini, beliau adalah jurulatih sepenuh masa bagi Pasukan Petronas Sprinta Team Racing. 



https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Shahrol_Yuzy_Ahmad_Zaini


Sekian terima kasih


Comments