JALAN - JALAN MENCARI MAKAN PART 2

Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para pembaca sekalian.

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan sambung bercerita tentang edisi food hunting yang saya lakukan awal tahun hari tu. Mesti anda tertunggu - tunggu kan? Mari kita mulakan.

Selapas kami berempat habis makan, kami pun beredar daripada kedai itu dan menuju ke stesen LRT yang berdekatan iaitu stesen Wangsa Maju. Sampai sahaja di sana saya dan dua orang sahabat saya turun daripada kereta dan mengucapkan kata perpisahan sementara kepada seorang sahabat kami yang membawa kami makan itu. Setelah itu, kami pun segera menunaikan solat fardhu Maghrib kerana waktu sudah pun nak habis. Ingat, walau sesibuk mana pun kita, solat jangan tingal dan sentiasa ingat Allah S.W.T. Setelah itu, kami manaiki LRT dan berhenti di stesen KL Sental. Sampai di situ, kami menuju ke food court N.U sentral yang juga berada di KL sentral itu. Sampai di food court, kami pusing - pusing untuk mencari makanan yang memikat deria rasa kami. Akhirnya, kami pun jumpa satu lot kedai yang menghidangkan sesuatu yang menarik ketika itu. Jom lihat apa yang kami order berserta gambar kedainya sekali.


Source : Google



Ha, ini lah makanan yang kami order daripada kedai tu!!! Saya order nasi kukus ayam butter. Dan seorang lagi sahabat saya order nasi kukus ayam teriyaki. Seorang lagi sahabat kami tidak memesan apa - apa kerana sudah kekenyangan dan akan makan di rumah apabila balik nanti. Nasi kukus di sini memang mantap!!! Ada beberapa lagi pilihan lauk sampingan untuk nasi kukus di sini seperti sotong besar, ikan bawal, ikan keli dan macam - macam lagi.

Setelah puas makan, kami pun bergerak untuk pulang... Namun, takkan nak balik macam tu je kan?! Mesti la ada desert lepas makan 😋. Jadi saya pun singgah di suatu kedai sambil ditemani oleh dua orang sahabat saya sebelum balik.

Source : Google



Inilah dia desert yang saya makan waktu itu. Yogurt dari Llaollao. Saya memilih signature dish mereka iaitu Sanum. Sambil berkongsi yogurt itu, kami berjalan menuju ke stesen masing - masing. Di sini kami berpecah, saya menaiki LRT dan dua sahabat saya menaiki KTM.

Sampai di situ sahaja perjalan food hunting kami. Oh, lupa nak beritahu, kami melakukan food hunting ini pada hari Jumaat. Sebab itu jalan agak sesak pada waktu petang dan kami menggunakan pengangkutan awam sebagai salah satu cara mengatasinya walaupun ada sikit tersangkut di traffic jem di Kl semasa hendak pergi ke kedai The BRGR. Selai itu, kami juga dapat menjimatkan kos perjalanan. Maklum la, kami ni student lagi.

Baiklah, saya rasa sampai di situ sahaja cerita saya tentang edisi food hunting kami. In Syaa Allah, jika ada rezeki dan peluang saya akan melakukan food hunting ini semula. Saya harap anda suka membaca cerita yang saya sampaikan. Semoga bertemu lagi di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Asalamualaikum.

Comments