Revolution of controllers Play Station ( PS)

Assalamualaikum semua. Harini saya ingin berkongsikan sedikit info yg bertajuk evolusi controller Playstation. Saya hanya highlight utk Playstation Sony sahaja, tidak termasuk Xbox atau Nintendo atau sebagainya.

PlayStation secara rasmi disingkat PS adalah jenama permainan video Jepun yang terdiri daripada 5 console permainan video rumah, serta media centre, perkhidmatan dalam talian, Dualshock dan sebuah telefon, serta pelbagai majalah. Jenama ini dihasilkan oleh Sony Interactive Entertainment, bahagian Sony, dengan konsol pertama dilancarkan sebagai PlayStation di Jepun yang dikeluarkan pada bulan Disember 1994, dan di seluruh dunia pada tahun berikutnya.


Dilancarkan pada tahun 1994, pad kawalan PlayStation adalah alat kawalan pertama yang dibuat untuk PlayStation yang asli. Ia menampilkan reka bentuk asas D-pad, 4 butang pilih utama Segitiga Hijau △,Bulat Merah O , Pangkak Biru X dan Pink Square ▢ dan Button Start dan Button Select di permukaan controller .[L1, L2, R1, R2] (dinamakan di sebelah [L = Kiri, R = Kanan] dan 1 dan 2 [atas dan bawah]). Pada tahun 1996, Sony melancarkan PlayStation Analog Joystick untuk digunakan dengan permainan simulasi penerbangan. Controller digital pertama kemudian digantikan oleh Dual Analog pada tahun 1997, yang menambahkan dua batang analog berdasarkan teknologi potensiometer yang sama dengan Joystick Analog. Controller ini kemudiannya juga digantikan oleh Controller DualShock.


Dikeluarkan pada tahun 1998, DualShock untuk PlayStation telah mengantikan dgn Dual Analog yg pertama, dan menjadi rangkaian pengawal terpanjang untuk jenama PlayStation. Sebagai tambahan kepada input pengawal yang asli, digital, (Segitiga, Lingkaran, Lintas, Kotak, L1, L2, R1, R2, Mula, Pilih dan D-pad), DualShock menampilkan dua  stick analog dengan cara yang serupa dengan pengawal Dual Analog sebelumnya, yang juga boleh ditekan untuk mengaktifkan butang L3 dan R3. Dualshock 1 ini diguna pakai utk Playstation 1



Selepas beberapa tahun Playstation mengeluarkan Console PS2 dan telah mendapat sambutan yg hangat pada zamannya. Controller bagi PS2 sama seperti PS1 cuma PS telah menaik tarafkan quality Controller tersebut dlm aspek ketegapan, keselesaan, vibrates, button yg lebih selesa. Yang membezakan Controller PS1 dan PS2 ialah warna . PS1 putih, PS2 warna officialnya hitam namun banyak pengeluaran Controller yg dtg dlm pelbagai warna. Hitam, Putih , Biru Hijau , Merah dan sebagainya. 





Pada tahun 2007 , Playstation telah memperkenalkan console baharu iaitu PS3 . PS3 jugak mengeluarkan controller wireless pertama iaitu Playstation Sixaxis . Ia mengunakan baterynya tersendiri dan dpt bertahan lebih 6 jam pengunaan. Setelah setahun Playstation Sixaxis dikeluarkan barulah PS mengeluarkan dualshock version Sixaxis. Vibrationnya dan Button lebih selesa utk pengunanya. 




Pada tahun 2013, Playstation mengeluarkan lagi Console terbaharu iaitu PS4 . Design controller lebih ergonomic, selesa, grip yg baik , features baharu iaitu Touch Pad, Speaker, Audio Jack, Wireless Share dan Juga LED utk membezakan Player 1 dan Player 2 . Dan juga analog stick yg lebih tepat dan lebih grip.







Dan yg dinanti nantikan oleh pengemar Console Game iaitu Playstation 5 ( PS5) . Design controller ini lebih jauh model dari sebelumnya iaitu gelaran baru ialah Dualsense Wireless Controller. Design lebih realistic dan style yg menarik . Memiliki features baru iaitu Haptic Feedback, Motion Sensor . Tetapi PS5 masih belum dikeluarkan lagi di pasaran. Dijangka hujung bulan 2020 akan dikeluarkan.



Sekian terima kasih


Comments