Batman The Greatest Technology Hero

 Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada pembaca, semoga anda sihat dan sentiasa sosial distancing di mana mana. #kitajagakita. 


Okay mesti korang cam pelik eh kenapa pilih batman ni? Sebenarnya saya nak share serba sedikit tentang Batman.



Batman ialah Wira perkasa milik Komik DC merupakan watak fiksyen yang pertama kali muncul dalam satu naskhah Komik Detektif pada bulan Mei 1939Batman, bersama Superman di bawah label DC menjadi antara wira-wira komik terkenal di dunia. Batman direka oleh Bob Kane.


Nama sebenar Batman ialah Bruce Wayne, seorang jutawan dan ketua Wayne Industries, sebuah syarikat besar di kota Gotham, yang mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh kegelapan, sewaktu ibu bapanya dibunuh di depan matanya sendiri. Kematian ibu bapanya menjadi dendam dan menjadikan Batman ingin menegakkan keadilan diatas kematian kedua ibu bapanya.


 


Sebenarnya Batman berbeza dgn Watak Superman dan hero hero power yg lain kerana Batman tidak mempunyai kuasa super yang dihasilkan dalam badannya. Sebaliknya dia memperoleh kemahirannya yang menakjubkan itu melalui latihan yang dilatihnya sendiri bersama sama pembantunya iaitu Alfred. 


Justice League Line Up


Bruce Wayne menguasai banyak ilmu dan kemahiran sehingga mencapai tahap pakar di dalam setiap satu darinya. Berikut adalah senarai ilmu dan kemahiran yang telah beliau perolehi sebelum menjadikan dirinya The Batman :

  • kemahiran menyamar
  • kemahiran perisikan
  • kemahiran halimunan
  • kemahiran interogasi
  • kemahiran penyiasatan
  • kemahiran pelbagai seni tempur
  • kemahiran persenjataan
  • kemahiran gimnastik & olahraga
  • kemahiran forensik


Banyak kemahiran dia belajar dan ini boleh kita ambik inspirasi daripada watak Batman ini sendiri. Ini adalah disebabkan dia telah mula berguru di dalam pelbagai bidang sejak umur awal remaja lagi. Pengajaran yang kita boleh nampak, Walaupun dia hanyalah manusia biasa, dia telah membuktikan bahawa potensi kemampuan manusia boleh mencapai tahap mengkagumkan jika dilatih dengan cara yang sistematik serta ditambah dengan dengan kesungguhan yang luar biasa. Beliau adalah HERO yang dianggap setaraf SUPERHERO oleh rakan-rakan seperjuangannya yang terulung seperti Superman dan Wonder Woman.



Yang paling menarik peminat Batman ialah sut Kelawar



Rekabentuk Batsuit mengalami perubahan melalui zaman, namun sifat-sifat terpenting kostum ini dikekalkan, termasuk kain jubah scallop-hem, topeng yang melitupi kepalanya dan bertanduk seperti telinga kelawar, dan simbol kelawar pada dadanya.




So macam mana Batman ni nak pegi suatu ke suatu tempat ?


Batman ada kereta dia sendiri iaitu Batmobile kenderaan utama Batman yang berwarna hitam dan memecut pada kelajuan tinggi agar wira ini cepat sampai di tempat kejadian jenayah. Senjata utamanya batarang berasaskan alat boomerang yang berbentuk kelawar dilemparkan terhadap lawannya. Batman menyimpan kebanyakan kelengkapannya dalam tali pinggang utilitinya yang berwarna kuning, dan dikatakan menampung pelbagai senjata pembasmi jenayah dalam kuantiti seakan-akan tidak terhad.





So siapa Batman punya lawan/ musuh yg terkenal?


Kalau cerita pasal Batman, komfom la ada joker


Joker seorang penjahat berupa badut yang dianggap oleh peminat Batman sebagai musuh sejak berzaman.


Lain lain ialah

Penguin ,Harley Queen ,Two-face ,Poison ivy ,Catwomen ,Suicide Squad

Dan bermacam lagi. 




Banyak movie yg dikeluarkan oleh DC comic berdasarkan watak Batman. Boleh layan la movie movie ni search google kalau nak tau list movie ni


Tapi yg paling kontroversi Batman VS Superman : Dawn of Justice 2016


Secara ringkasnya movie ni pertembungan antara Hero Batman dan juga Superman kerana ada beberapa Konflick diantara mereka. Penampilan Wonder Woman, Aquaman dan Cyborg juga terselit di dlm movie ini





Sekian terima kasih


Comments