KOBULUR KO JANG?? #10

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat-peminat blog FIUSCEMNYER! Welcome back!!! So aku nak sambung share lagi kepada semua kedai-kedai makan atau port lepak paling ngam yang ada dalam area Nismilan ni. Mohle kiteeee!


10. Restoran D'Pantai

Korang tahu ke tidak kat Somban ada port makan masak lomak cili api, kambing bakar, seafood yang PALING SODAP kat Nismilan ni? Haa kalau tak tahu korang kena tengok blog aku ni sampai habis. PAHAM TAK PAHAM???

Dekat restoran ni memang banyak giler jenis makanan. Dari masakan kampung, western, seafood semua ada !! Ayuh kita usha sikit menu-menu panas yang ada dekat restoran ni.



DAGING SALAI MASAK LOMAK 


Masak lomak daging salai diorang ni memang BAEK boss!! Korang lambat sikit je memang tak merasa lah kau.. HUHUH So, kalau nak rasa, korang kena datang awal.



KAMBING BAKAR
SIAKAP 3 RASA


Kambing Bakar dia pun memang MELETHOP gaiss !! Memang semua customer diorang datang just nak makan kambing bakar kat kedai ni! SUMPAH NAIM DANIEL eh tiber




Haa gambar kat atas ni rupa depan kedai diorang. Memang cantik en? dengan gabungan seni bina kampung dan modern memang kena beb!! Untuk pengetahuan korang, kedai ni kalau malam minggu memang penuh beb!! So, korang nak datang memang kena datang awal sebab kalau tak, memang makan bersila je kat lantai tu.


KEK MANO KODAI TU JANG ?!


INFO LOKASI :

📍 Restoran D'Pantai, Jalan Jelebu (Area Veterinar & SAINS)

WAKTU OPERASI :

⏰ 4.30 P.M hingga 12 A.M (Off Jumaat)



Comments