Formula One 🏎 Vroom Vroom

 Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada pembaca, semoga anda sihat dan sentiasa sosial distancing di mana mana. #kitajagakita. 


Okay so dlm page ni saya nak share sikit pasal F1. Saya yakin dan pasti sebenarnya ada je antara kita taktau pun Formula One lebih mendalam. So saya nak share apa yg saya boleh share. Sebelum tu jgn lupa share dan subscribe. Kalau ada pertanyaan boleh bertanya di ruang comment dibawah ye.





Formula One, juga dikenali sebagai Formula 1 atau F1 (Tulisan Jawiفورمولا ساتوBahasa InggerisFormula One) dan dirujuk secara rasmi sebagai Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA (Bahasa InggerisFIA Formula One World Championship),adalah kelas tertinggi perlumbaan formula kereta satu tempat duduk dengan tayar terdedah ditakrifkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA). Musim kejuaraan Formula Satu terdiri daripada siri perlumbaan, dikenali sebagai Grand Prix yang diadakan di litar perlumbaan ataupun di jalan raya tertutup bagi menentukan dua Kejuaraan Dunia, satu untuk pemandu dan pengeluar





Kereta Formula Satu adalah antara kereta lumba yang terpantas di dunia, dan boleh mencapai kelajuan lebih daripada 350 km/j, dan mampu menarik sehingga 5g di sesetengah selekoh. Prestasi kereta bergantung kepada sistem elektronikaerodinamikampaian dan tayar, manakala sistem kawalan cengkaman dan alat bantuan lain telah diharamkan sejak tahun 2008.






Walaupun Eropah merupakan asas sukan ini, dan menjadi tuan rumah kira-kira separuh perlumbaan setiap tahun, skop Formula Satu telah berkembang dengan ketara sejak kebelakangan ini dan lebih banyak perlumbaan Grand Prix diadakan di benua lain. Formula Satu mempunyai jumlah penonton televisyen global sebanyak 527 juta orang sepanjang Kejuaraan Dunia Formula Satu 2010.




Di Malaysia juga pertandingan F1 diadakan di Litar Sepang. Grand Prix Malaysia 2016 (secara rasmi dikenali sebagai Grand Prix Petronas Malaysia Formula 1 2016) adalah perlumbaan bermotor Formula Satu yang telah diadakan pada 2 Oktober 2016 di Litar Antarabangsa Sepang di Selangor, Malaysia. Perlumbaan itu menandakan perlumbaan Grand Prix Malaysia yang ketiga puluh lima, dan kali kelapan belas perlumbaan ini dijalankan sebagai acara Kejuaraan Dunia sejak kejuaraan dimulakan pada tahun 1950.

Semasa perlumbaan diadaakan, terdapat satu kemalangan yg tidak diingini berlaku. Kemalangan ini terjadi kepada pemilik Lewis Hamilton iaitu Juara bertahan team Amg Petronas dari UK. Kejadian ini berlaku kerana Engine Failure akibat big-end bearing gagal berfungsi dgn baik. Hal ini terjadi tanpa peringatan setelah speed mencecah sehingga 618 kilometer. 




                           Lewis Hamilton 😎



Sekian terima kasih...

Comments

  1. Menarik content ini,dari mana boleh dapat informasi macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam , info info menarik yg saya kongsikan hanyalah basic utk F1, jika anda ingin mengetahui lebih mendalam tentang F1 anda boleh layari lawan web rasmi Formula 1 , Google Wikipedia 😎

      Delete

Post a Comment