TOP 4 BURGER BAKAR AREA KUALA LUMPUR !!!!

Assalamualaikum and good morning gengggg .... post yang lepas abang ada cerita pasal spot kedai makan yang famous dekat area Kuala Lumpur . Harini abang akan cerita lebih mendalam iaitu pasal Burger Bakar . Antara nya ada kedai yang abang dah try sendiri and ada yang abang nak try nanti .. so lets goooo...

Awal mula pertama mula , abang nak sebut pasal kedai Wayback Burger . Wayback ni terletak di dalam Melawati Mall , Taman Melawati . Wayback ni baru ada satu cawangan tak silap abang . Walaupun baru buka , tapi rasa burger dia dah macam berpuluh tahun di buka . Memang sedap perabis joo . Daging burger dia pun dibuat fresh or senang cerita bila ada order baru dia buat daging dia , and korang boleh tengok secara live pembuatan daging burger tersebut . Harga dia tidak terlampau mahal , menu yang biasa abang order adalah Double Chesee Burger . Harga nya dalam RM20+ , set datang sekali dengan kentang goreng dan air . Untuk air pula , korang boleh refill  air dia ...
SOURCE: GOOGLE


Next Spot is Burger Bakar Abang Burn , entry yang lepas , abang ada cerita pasal Burger Bakar Abang Burn ni . Korang pun dah tahu sedikit sebanyak pasal kedai ni , so abang akan tambah sikit sikit je , cawangan dia paling best adalah area ampang , korang boleh waze je kedai ni , tapi dengar dengar kedai di selalu penuh , so korang kena datang awal untuk dapatkan tempat duduk , dekat sana nanti better pilih menu yang berlainan kalau ramai ramai, sebab menu dia ada banyak and korang boleh share share untuk rasa semua menu yang disediakan .
SOURCE: GOOGLE


Seterusnya , kalau korang area Wangsa Maju , korang boleh datang ke area Seksyen 2 , untuk try burger bakar di Burger Kaw Kaw . Korang boleh try menu dia yang paling best abang rasa Burger Mix . Burger Mix ni gabungan Ayam Crispy dengan dengan Daging Bakar . Ditambah pula dengan keju . Keju dia pun diletak dua jenis iaitu Sos Keju dan Keju Keping . Harga dia dalam RM12 satu set . Lepastu pulak ada tambahan 2 batang frankfurter di dalam set tersebut . Memang patut korang cuba try test ....
SOURCE: GOOGLE


Yang terakhir , THE BRGR , Setapak . Kedai ni abang pernah try sekali je , menu dia pun ada banyak pilihan untuk yang minat daging or ayam . Harga kedai ni pun standard price untuk kedai burger bakar . Untuk rasa dia pulak , boleh tahan sedap kerana diorg ada letak pelbagai jenis sos dalam tu , untuk yang nak lepak kedai ala ala hipster boleh la datang di THE BRGR di Setapak ni ....
SOURCE: GOOGLE

Comments