Superman The Mightiest Superhero

 Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada pembaca, semoga anda sihat dan sentiasa sosial distancing di mana mana. #kitajagakita. 

Sebelum ni saya dah share tentang batman kan, so dlm slide ni saya nak share tentang Superman pulak lah.

So basically Superman ni saya rasa semua org kenal kan. So saya cerita ringkas je eh.



Superman merupakan watak fiksyen dan adiwira DC Comics yang julung kalinya muncul dalam Action Comicspada tahun 1938 dan dianggap sebagai salah seorang wira fiksyen yang terhebat di dunia. Superman direka oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Kisah Superman dirakam dalam bentuk komikrancangan televisyenfilem dan permainan video. Watak Superman dilahirkan di planet Krypton dan sebagai kal-El dan dihantar ke bumi oleh ibu bapanya sebagai waris terakhir planet asalnya sebelum planet tersebut meletup dan menemui hari kiamatnya. Roket yang memgangkut bayi bernama kal-El itu mendarat di pekan Smallville, AS dan ditemui oleh pasangan Jonathan dan Martha Kent.

Kal-El dinamakan semula oleh ibu bapa angkat tersayangnya sebagai Clark Kent. Sewaktu membesar dan hidup bersama makhluk Bumi yang biasa, Clark menyedari bahawa dia mempunyai kuasa super yang terpendam selama ini. Apabila dewasa, Clark bekerja sebagai seorang bagi akhbar Daily Planet di kota Metropolis dan diiringi Lois Lane.



Apa kelebihan Superman ni yg telah dianggap Superhero yg perkasa?


Superman memiliki Kuasa luar biasa yang diterangkan melalui cogan kata "lebih cepat berbanding peluru yang memecut, lebih berkuasa berbanding keretapi lokomotif, boleh melalui atas bangunan tinggi dengan satu lompatan" (faster than a speeding bullet, more powerful than a locomotive, and able to leap tall buildings in a single bound) yang dihebahkan dalam drama radio pada dekad 1940-an. Meskipun cogan kata ini masih dipakai sehingga masa kini, batas yang dikenakan dalam cogan kata tersebut mampu diatasi Superman melalui perubahan zaman.



Antara kebolehan istimewa Superman yang menjadi identitinya termasuk terbang di angkasa, kekuatan dan kekebalan perkasa, kelajuan yang amat pantas, kuasa matanya (sinar-X, penghasilan haba, infra-merah, teleskopik, mikroskopik) dsb. Contoh kuasa-kuasa tersebut digunakan adalah apabila Superman mengangkat sebuah kenderaan berat dengan kepalanya sendiri, dan melompat dalam jarak 1/8 kaki dalam masa kurang sesaat.



Walaupun Superman ni Gagah perkara tapi dia pun ada kelemahan dia. Kelemahan paling utamanya ialah alahan kepada kryptonite, serpihan planet Krypton yang berubah menjadi bahan radioaktif oleh tenaga yang memusnahkan planet tersebut. Pendedahan kepada bahan ini menyebabkan kuasa perkasa Superman terus pudar dan menimbulkan rasa sakit yang amat parah dalam badannya. 




Dalam semua movie movie hero mesti ada watak musuh , so utk Superman musuhnya antaranya ialah Lex Luthorlah. Lex Luthor ni adalah seorang manusia yang berasal dari Bumi dan musuh utama Superman. Dia merupakan pemilik dan CEO syarikat besar LexCorp yang menggunakan pengetahuan saintifiknya untuk menghancurkan Superman.




Musuhnya yang lain ialah:


General zod

Brainiac

Darkseid


Movie yg dikeluarkan banyak jugak saing saing Batman


Yg paling meletop pada era Superman ialah Superman return 


2006Superman Returns, filem arahan Bryan Singer, dibintangi Brandon Routh sebagai Superman/Clark Kent dan Kevin Spacey sebagai musuh tradisinya, Lex Luthor.



Sekian terima kasih


Comments