RESIPI AYAM PAPRIK BY CHEF ADIB IZZ

Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para pembaca sekalian.

Hari ini saya ingin berkongsi resipi memasak. Seperti yang tertulis di title post ini, saya akan berkongsi resipi ayam paprik!!! Ha, ayam paprik ini boleh di makan ddengan pelbagai cara seperti makan dengan nasi putih, nasi goreng, roti dan pelbagai lagi cara yang lain. Baiklah, tanpa membuang masa lagi mari kita mulakan.

Pertama sekali, mestilah kita perlu sediakan bahan - bahannya dulu kan?

Bahan - bahannya ialah :

- 1 ekor ayam
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- 10 helai daun limau purut
- 1 biji bawang holand
- 5 ulas bawang putih
- 3 sudu besar cili kisar
- 5 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar sos cili
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 batang lobak merah
- 1/2 biji bunga kobis
- 5 batang kacang buncis

Baiklah, sekarang kita akan teruskan dengan cara - cara memasaknya pula.

Cara - caranya ialah :

1) Pertama sekali, kita perlu memotong ayam dengan potongan dadu ataupun mengikut kegemaran masing - masing dalam saiz mudah dimakan.



2) Seterusnya, gaul ayam dengan garan dan kunyit.


3) Panaskan minyak dan masukkan ayam kedalam minyak yang telah betul - betul panas dan goreng ayam itu sehingga separuh masak. Kemudian angkat dan toskan ayam tadi.



4) Tumiskan cili kisar, bawang putih, bawang holand, halia dan serai di dalam baki minyak menggoreng ayam tadi sehingga garing.



5) Masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan air kedalam kuali. 

6) Setelah mendidih, masukkan ayam dan sayur - sayuran.


7) Masak seketika dan tambah garam mengikut cita rasa masing - masing dan ianya siap untuk dihidang.



Jadi, itulah dia cara - cara memasak ayam paprik. Anda juga boleh menukar ayam itu kepada pelbagai bahan yang lain seperti daging, ikan dan sebagainya. Sampai di sini sahaja dahulu buat masa sekarang. Semoga kita bertemu di masa yang akan datang.

Selamat mencuba dan menikmati hidangan anda!!!

Sekian, terima kasih.

Asalamualaikum.

Comments