Adidas VS Puma

 Hai geng,arini aku nk share skit ngan korang pasal 2 jenama sukan antara yang popular kita pernah nampak iaitu Adidas and Puma.Kita selalu tengok dekat google,FB,Instagram yang nike ni lah musuh utama adidas.Tapi sebenarnya tak.Puma lah seteru utama adidas satu masa yang dulu.Ok aku nk cerita kt sini macam mana permusuhan adidas dengan puma ni terjadi.Aku terinspirasikan nk share cerita ni dengan korang sebab aku pernah tengok cerita Adidas VS Puma.Tapi cerita ni pelakon2 dia orang Jerman lah,bahasa yang digunakan pon Jerman.Tapi jngan risau,ada sarikata kt bawah tu😂😂.


Source:Google

Ok geng,ni lah dia cerita yang aku tengok aritu.Cerita ni mengisahkan tentang 2 beradik yang ada kilang kasut sukan masa era pemerintahan Adolf Hitler.Time2 zaman Nazi ah sebelum adanya Germany.Time ni kn German still x bersatu lgi,dorang terbahagi kepada West Germany ngan East Germany.Ok berbalik pada topik ni😂😂😂,2 beradik ni diberi nama Rudolf ngan Adolf Dassler.Dorang ni asalnya ada satu kilang kasut sukan time era2 bolasepak belum popular lagi.


Source:Google

So nk dijadikan cerita,Adolf Dassler ni decided nk bagi kasut sukan yang dorang baru buat dekat pelumpa USA time sukan Olimpik di West Germany dulu tanpa bgitau abang dia.Bila pelumba african american ni pkai kasut dorang,team USA ni menang pingat emas dalam acara lumba lari.Bila Hitler tau yang kasut team USA pakai tu adalah kasut dripada 2 beradik ni,Hitler pon panggil dorang jumpa dia kt pejabat.Bila abang dia iaitu Rudolf ni tau yang adik dia pergi bagi kasut tu kt USA,abang dia pissed off ah😂😂.Sebab asal x bincang apa semua dlu.Adik dia nk popularkan jenama kasut dorang tu,thats why dia bgi USA pkai kasut dorang.Sebab time tu USA tengah up,so dia rasa popularity USA tu dpat naikkan jenama kasut dorang ni lah.

Source:Google

Bila Hitler panggil dorang untuk tanya kenapa semua,Si Rudolf buay deal dngan Adolf yang biar dia yg bertanggungjawab,Adolf senyap je.Bila dh berjumpa dngan Hitler,Hitler decided nk tutup kilang kasut dorang,tapi Adolf ni bincang balik ngan dia and dia accept.Syaratnya dorang hanya boleh kluarkan 200 pasang kasut sukan je stiap bulan and dorang kene kluarkan kasut tentera untuk terntera Nazi.So dorang pon accept and terpaksa akur ah dengan syarat2 Hitler ni.Lepas je syarat2 ni terpaksa dijalankan,ramai pekerja dorang nk berhenti sebab gaji x ckup,mana x nya,tiba2 kene buat kasut tentera pulak.So adik beradik ni pon akur ah dengan kekurangan pekerja dorang.Tapi bukan tu je masalah yang dorang ada,timbul pulak masalah keluarga antara dorang.Isteri Rudolf ni curang dengan Adolf,adik dia sendiri.So abang dia bengang ah and abang dia decided nk pergi amik udara segar dengan pergi ke luar negara.

Source:Google

Sebelum Adolf ni melakukan journey ke luar negara,dorang 2 beradik buat mcm announcement la dekat pekerja2 dorng yang dorang akan bahagikan kilang kasut dorang ni kepada 2.Siapa nk follow Adolf and siapa yang nk follow Rudolf.Bila dh dibahagi 2,dorang pon follow la leader masing2.Fast forward ke beberapa tahun,company Rudolf ni dh popular and berkembang compare dengan Adolf ni.Bila abang dia balik ke German,dorang dh ada kilang kasut dorang sendiri yang diberi nama Puma sebab Rudolf ni diberi gelaran Puma dlam family dia.Bila Adolf nmpak yang company abang dia ni dh semakin maju,dia pon nk carilah team2 sukan yang nk cari penaja untuk mempopularkan jenama kasut dia.Sampai lah World Cup dh dekat,manager West Germany ni nak cari sponsor untuk taja team West Germany.Manager dorg pergi kt Company Puma dulu,nk tanya boleh x sponsor dorang,sebab time ni Puma dh kira mcm worldwide ah.Orang dh kenal.Tapi abang dia ni,x nak lah sponsor,dia ckap buat apa sponsor kalau masuk world cup tu untuk kalah je,baik sponsor team england ke team brazil ke yang memang dh power dlam bola sepak ni.Bila Adolf dpat tau yang West Germany nk cari sponsor,dia pergi cari manager ni tdi untuk sponsor.So manager ni pon setuju sebab atleast ada lah yang nk sponsor West Germany kan.

Source:Google

Bila abang dia dapat tau yang adik dia sponsor West Germany,abang dia pon amik tau la apa2 update pasal company adik dia and West Germany.Bila start je world cup tu,West Germany pakai kasut adik dia ni and abang dia dtang as a penonton kt stadium tu.Time World Cup ni,hujan lebat and tanah pon licin and berlecak lah kan sebab hujan,so player2 West Germany ni bgitau Adolf ni yang kasut dorang licin and susah nk control bola.So Adolf ni pon tukar stud boot tu dngan stud baru sebab dia ada buat stud yang agak panjang skit untuk situation hujan cmni.So dia pon tolong tukar stud2 boot player dorang time half time and time tu,control ball team West Germany memang cun.End up West Germany mnang match tu and player2 dorang semua bag feedback yang cun2 ah dekat Adolf ni.At that World cup,West Germany go smpai quater final and secara x langsung naikkan popularity kasut Adolf ni tinggi dripada Puma.So bila dh dpat popularity tu,Adolf pon decided nk namakan jenama kasut dorang as Adidas yg diinspirasikan dripada nama dia sendiri.

Bila abang dia nmpak kejayaan adik dia ni,abang dia pon tumpang gembira akhirnya adik dia dapat buktikan yang dia pon boleh berjaya mcm abang dia.Rudolf pon bagi lah surat ucapan tahniah dekat Adolf nk ucapkan tahniah semua.Adik dia pon rasa terharu la yang abang dia x de dendam ke apa semua.Abang dia dh maafkan dia semua.

So geng,ni lah kisah terjadinya permusuhan antara Adidas and Puma.Mcam mana jadinya permusuhan tu,dtangnya nama company masing2.So sekrang kita dh tau dh kan sikit pasal 2 company besar dlam sukan ni kan.Ok ah geng,smpai sini je dlu aku share dngan korang.Ada masa,kita jumpa lagi.Till we meet next time.

Source:Youtube

Sebelum tu,korang layan lah skit trailer cerita ni






Comments