Kebaikan-Kebaikan DashCam

 Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada pembaca, semoga anda sihat dan sentiasa sosial distancing di mana mana. #kitajagakita.

Harini saya ingin berkongsi sesuatu benda yg jarang org ambil tahu tetapi benda ni fungsi dia banyak manfaat dan penting sebenarnya utk penguna kenderaan apabila sesuatu perkara berlaku yg tidak diinginkan. So saya nak share kebaikan kebaikan dashcam.




Dashcam ini sebenarnya ialah gabungan Dashboard + Camera = Dashcam. Diletakkan di depan , dashboard atau ada yg menampal do cermin hadapan kenderaan di atas jln raya. 


1. Dapat merakam suara



Sekiranya anda seorang pemandu grab atau teksi, dashboard sangatlah bagus utk dipasang. Contoh lah kalau pemandu/ pelanggan bertutur bahasa yg kasar, memaki tanpa sebab, atau membuat ugutan, dashcam ini dapat dijadikan bahan bukti utk anda membela diri. 


2. Kotak hitam kenderaan



Seperti yg kita tau , kotak hitam ni selalu kita dengar dlm kapal terbang . So fungsi ya lebih kurang je. Sekiranya kapal terbang tersebut mengalami kecelakaan seperti kemalangan, kebakaran , terhempas atau perkara yg tidak diingini, kotak hitam ini dapat dijadikan bahan bukti utk dilihat sekiranya kesalahan teknikal, atau berlakunya ancaman ancaman dari pihak luar , benda ni ialah bukti.



So sekiranya berlaku kemalangan yg tidak diingini berlaku semasa memandu di atas highway, jalan simpang atau sebagainya, boleh tengok balik rakaman di dashcam ni. 


3. Menjadikan anda sebagai hero




Dashcam ni dia tak bgi manfaat kat diri kita je, org lain pun dpt manfaat sebenarnya. Contoh kalau berlakunya jenayah di hadapan kereta, so rakaman tersebut boleh diambil dan membuat report kepada pihak polis. Jenayah membunuh, rompakkan , samun selalunya berlaku di atas jalan raya , jadi dashcam yg berfungsi ini akan merekodkan kejadian tersebut.


4. Dapat merakam dokumentasi perjalanan semasa bercuti



Seperti yg kita tau, dashcam ni akan merekod rakaman sentiasa sekiranya engine kenderaan dihidupkan. Jadi, apabila anda bercuti di suatu tempat, pada cuti sekolah lah contohnya, dashcam ni boleh dijadikan vlog dan boleh post di media sosial sendiri.


Itu sahaja sekian terima kasih.

Comments