3 Buah Kegemaran
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pagi ni Syahir nak kongsikan 3 buah kegemaran Syahir.
1.Durian
Durian yang dikenali sebagai raja buah memang buah kegemaran Syahir malah buah ini juga menjadi kegilaan rakyat Malaysia.Bila tiba sahaja musim buah-buahan,Durian akan menjadi kegilaan kebanyakan masyarakat.Buah durian juga terdapat pebagai jenis nama yang terdiri dari pelbagai gred.Lagi baik gred kualiti buah durian itu,lebih mahal harga durian.Antara yang paling popular di Malaysia dan harga "gila-ila"
2.Buah Mangga
Warna kuning keemasan yang berbau manis dan rasanya yang pelbagai mengikut jenis, mampu menaikkan selera si penggemar mangga.Buah mangga memang mudah untuk didapatkan di pasaraya, pasar malam dan terutama sekali pasar tani.Harga buah ini juga agak murah dan berpatutan.Mana tidaknya, buah ini memang banyak ditanam dikebanyakan rumah.Selain daripada makan mangga begitu saja, membuat jus mangga adalah cara lain untuk menikmati kemanisan mangga. Jadi, sangat bagus jika diminum ketika cuaca panas untuk mengalakkan daripada terkena strok haba.
3.Tembikai
Korang pun mesti suka makan tembikai juga kan?Mana taknya,makan durian lagi-lagi waktu panas memang melegakan.Pada pendapat Syahir, buah tembikai adalah buah yang paling mudah untuk didapatkan. Kebanyakan buah ini dijual di tepi jalan dan ia di jual pada harga yang murah.Untuk pengetahuan korang, buah tembikai ini bukan sahaja dapat menyejukkan badan tapi juga dapat menghilangkan loya kalau korang makan sebelum makan nasi.
ok itu sahaja perkongsian Syahir pagi ini.Harap korang dapat manfaat dari perkongsian Syahir.
Sekian,terima Kasih.









Comments
Post a Comment