5 TRAGEDI YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI PADA TAHUN 2019

 




1. PEMANDU GRAB DISAMUN & DIBUNUH

Pada Mei 2019, kita dikejutkan dengan berita Pemandu Grab dibunuh dan mayatnya dibuang di dalam semak. Kejadian ini Berlaku di Tuaran Sabah. Mangsa Mohd Hanafiee Jaffar, 27, dibunuh dalam satu kejadian rompakan. Apa yg lebih menyedihkan tragedi ini berlaku pada bulan Ramadan.

Mayat mangsa yg dilaporkan hilang sejak Jumaat, 24 Mei 2019 ditemui oleh pihak polis pada hari Isnin 27 Mei di kawasan semak berhampiran Shahbandar Tuaran, Sabah.

Penemuan mayat beliau adlh susulan penahanan dua suspek utama, yang juga penumpang terakhir menggunakan perkhidmatan Grab arwah.

Ini bukanlah kes pertama kes berkenaan pemandu Grab dibunuh tau. Tahun lepas 2018, kes yg hampir serupa pernah berlaku kepada Aiman Nosri, yg ditemui maut dengan kesan jerutan di leher dipercayai dibunuh di tempat letak kereta di Taman Selayang Makmur, Selayang

Alfatihah utk arwah Mohd Hanafiee Jaffar dan Aiman Nosri.

2. PEMANDU GRAB CEDERA DITEMBAK SENAPANG ANGIN & DIPUKUL

Bukan sekali dua kita dengar berita pemandu grab menjadi mangsa samun atau rompakan.

Pada 30 Mei 2019 di Kuching, seorang pemandu grab yg cedera di kepala akibat diketuk dgn tukul dan menyebabkan berlaku pendarahan pada kepalanya. Bukan itu je. Beliau turut ditempak senapang angin di dadanya. (Senapang yg menggunakan peluru guli). Sakit tu!

Mcm mana mangsa boleh diserang?

Sebenarnya sblm kejadian rompakan tu, si pemandu Grab ni pergi ambik seorang penumpang yg dipercayai lelaki warga Indobesia di Kuching Sentral dan menghantarnya ke sebuah Ladang Strawberi di Matang.

Dalam perjalanan nak ke Ladang Strawberi tu, penumpang tu bagi arahan suruh pemandu berhenti dan terus dia pukul kepala pemandu Grab dgn tukul dan melepaskan tembakan menggunakan senapang angin sblm melarikan diri ke hutan berdekatan.

Kejadian rompakan ini berlaku di Jalan Fac Matang di Kuching pada petang Khamis, 30 Mei 2019.

3. PENUNGGANG GRAB FOOD CEDERA DI SAMUN

Kejadian ni berlaku di Phileo Damansara. Kesian abang GrabFood. Kalau korang tengok video rakaman CCTV, mmg nampak mcm mana beliau bergelut ketika disamun. Bersungguh beliau cuba selamatkan motosikalnya.

Tapi penyamun durjana tu sempat pukul dan tarik Box makanan GrabFood. Habis berterabur makanan dan nyaris tertungging penunggang GrabFood.

Apapun, Polis berjaya menahan salah seorang suspek yang terlibat dalam cubaan samun tersebut. Suspek berusia 33 tahun itu berjaya diberkas diberkas polis dari bahagian siasatan jenayah berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 4.45 pagi 10 Ogos 2019 di sebuah pangsapuri di Kepong.

4. PEMANDU GRAB DIACU PISAU, DISAMUN

Seorang pemandu grab berdepan detik cemas selepas diacukan sebilah pisau dan diugut utk bagi barang berharganya dalam kejadian berhampiran Pusat Komuniti Komersial, Bandar Tun Razak, Cheras.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam , mangsa seorang wanita berusia 31 tahun tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal yang cuba meragut beg silang mangsa, tetapi tidak berjaya selepas mangsa terus masuk ke dalam keretanya.

Tapi bila mangsa dah masuk dlm kereta, si penyamun tu bertindak memecahkan cermin kereta mangsa sebelum mengacukan sebilah pisau. Seramnya , Ya Allah.

 

5. PEMANDU GRABCAR DICABUL PENUMPANG

Pemandu Grabcar wanita berdepan detik mencemaskan apabila dicabul seorang penumpang lelaki bersenjatakan pisau di kawasan gelap berhampiran Kondominium KOI Prima, Taman Mas, Puchong.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa mengambil seorang penumpang lelaki di sebuah stesen minyak RNR Awan Besar. Suspek yg duduk di bahagian penumpang belakang mengacukan sebilah pisau pada pinggang kanan mangsa.

Mujurlah mangsa betindak pantas membuka pintu dan lari keluar dari kereta dan menjerit meminta tolong. Apa-apa pun berhati-hatilah dan sentiasa berwaspada ye semua.

Kadang-kadang sedih dan geram dgn sikap orang yg tak bertanggungjawab sehingga sanggup merompak, membunuh dan memudaratkan orang lain. Grab Driver atau penghantar makanan juga ada struggle yg tersendiri untuk menambah pendapatan. Ada cara lain sebenarnya utk mencari rezeki yg halal dgn saluran yg betul. 

Itulah antara 5 dari kisah/targedi yg menyayat hati sepanjang 2019. Ada tak tragedi atau kisah tragis pasal driver Grab yg korang tahu atau pernah alami?

Comments

Popular Posts