HAFIZH SYAHRIN: HIDUP SEORANG PELUMBA MOTOSIKAL MALAYSIA
Kini di dalam musim kedua di MotoGP, Hafizh masih berusaha dengan gigih untuk terus meningkatkan prestasi dan kebolehannya bagi memastikan dia terus memberikan saingan dan keputusan yang diingini di litar. Akan tetapi segala usahanya juga memerlukan pengorbanan. Dia menceritakan tentang perjalanannya di dalam arena perlumbaan motosikal, cabaran yang dihadapi semasa jauh diperantauan selama 240 hari dalam setahun dan bagaimana dia terus mengekalkan tahap fizikalnya sewaktu bulan Ramadan ini.
Jumlah Tahun di dalam Perlumbaan Motosikal: 10 tahun
Pasukan Kini: Red Bull KTM Tech 3 (MotoGP)
Pencapaian Kerjaya: Tempat kedua Moto2 pada tahun 2017 di San Marino and Ramini’s Coast motorcycle Grand Prix; tempat ketiga Moto2 pada tahun 2017 di Japanese motorcycle Grand Prix; tempat ketiga Moto2 pada 2012 di Malaysian motorcycle Grand Prix; Pelumba motosikal pertama Asia Tenggara untuk bersaing di dalam kategori MotoGP.






Comments
Post a Comment