TEMPAT MAKAN DI PERLIS (YANG WAJIB DICUBA)
Jangan pandang Perlis sebelah mata. Beberapa tempat makan menarik di perlis boleh anda serbu dan cuba ketika berada di sini. Nah kami kongsikan senarai tempat makan Perlis yang berada dalam cadangan kami.
Tidak kisahlah sama ada anda peminat masakan Melayu ataupun Western. Pasti berbaloi dengan pilihan kami ini. Bagi kami, jika ke sini, tentulah menu masakan Melayu yang wajib anda cuba.
1. Restoran Sarang Burung
Asas menu mereka ialah masakan Melayu atau lauk-pauk kampung. Apa yang istimewa di sini ialah ikan bakar, ayam bakar, daging bakar serta ulam-ulaman yang segar.
Pelanggan selalu rambang mata dengan pilihan makanan yang banyak di sini terutama pada waktu tengah hari semasa lauk-pauk dihidangkan panas bagi pilihan pelanggan. Pemiliknya pula peramah dan mesra pelanggan.
Bagi mereka yang mahu mengadakan majlis, boleh berurusan dengan Restoran Sarang Burung untuk perkhidmatan katering.
2. Restoran Anjung Keli

Restoran Anjung Keli pernah muncul dalam akhbar dalam talian, mStar. Penulisnya tertarik dengan lebih 12 jenis sambal dan air asam, berpuluh jenis ulam-ulaman, dan berbelas jenis kerabu.
Mereka juga menyediakan ikan bakar daripada pelbagai jenis ikan, ayam bakar, daging bakar, perut bakar dan paru bakar. Inilah sebenarnya tarikan utama pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang dan dari pelbagai negeri untuk ke sini.
Restoran yang bersih dan selesa melengkapkan lagi kelebihan sedia ada pada restoran ini.
3. Restoran Pokok Sawa

Satu lagi restoran makanan kampung yang ada di Perlis. Sebagaimana dua restoran sebelum ini, Restoran Pokok Sawa turut menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk termasuk ikan keli bakar. Ia bukan sebarang kerana ikan keli bakar mereka ini selalu menjadi perbualan pelanggan.
Selain itu, anda juga boleh cuba masak lemaknya. Kerana kualiti makanan yang bagus, restoran ini sering dipenuhi pelanggan pada waktu tengah hari. Jadi, lebih selamat untuk anda datang awal sebelum kehabisan makanan.
Usah risau mengenai harganya kerana ia tidak mahal tapi berpatutan.
4. Mai Café Herbal Kopitiam

Pelanggan juga menyukai Pegaga Tonic mereka iaitu antara menu minuman yang ada. Mai Café juga menambah menu baru iaitu pelbagai jenis Nasi Arab. Kopitiam ini sering dikunjungi pelajar universiti dan golongan belia.
Ini mungkin disebabkan oleh dekorasinya yang ringkas tetapi menarik, santai, bersih, selesa bersama hidangan dalam kuantiti yang besar pada harga yang berpatutan.
5. Restoran Kuali Hangat

Anda pernah terdengar tentang Restoran Kuali Hangat? Restoran yang terletak di Jalan Padang Behor di Kangar ini cukup terkenal dengan masakan kampung dan lauk yang beraneka jenis. Rata-rata pelanggan mengakui keenakan lauk-pauk di sini! Terlalu banayk lauk di sini yang boleh anda pilih.
Seperti namanya, restoran ini cukup terkenal dengan menu gulai yang dimasak dalam beberapa buah kuali besar panas-panas. Dari situlah ia mendapat nama ‘Kuali Hangat’, sangat menarik!
Tempat makan sedap di Perlis yang mana menjadi pilihan anda. Jangan lupa komen, share dan like saya ya.Selain tempat makan di Perlis, saya juga ada menulis banyak artikel yang menarik untuk tatapan saudara saudari sekalian.


Comments
Post a Comment