AIR TERJUN SOFEA JANE !!!!! (PART3)

Assalamualaikum and Good Morning BLOGGERRSSSS !!!
Macam biasa korang kembali dengan aku dalam rancangan yang sama " Ke Mana Kita Ni ???"  
entry kalini aku nak cakap pasal Air Terjun Sofea Jane di Kemensah . Air terjun ni ada 3 peringkat main spot iaitu Sofea Jane , Maya Karin dengan Neelofa , tapi kalini pasal Sofea Jane and ada sikit aku masukkan gambar dekat Maya Karin . So tempat dia kalini tak terlalu mencabar sebab kita ikut laluan ATV , jadi senang nak ikut laluan sampai air terjun . Cuma jalan dia akan jadi berlumpur and licin bila hujan . So lets have a try....


kalini aku pergi dengan group hiking aku


Selamat time aku pergi ni tak hujan or basah , takdalah kotor berlumpur kasut mahal aku tu 🤣🤣🤣 so kita mulakan perjalanan dengan sarapan dulu , time korang otw naik iku jalan susur keluar ke Zoo Negara tu , korang akan jumpa banyak gerai makan tepi jalan and sedap jugak makanan diorg . Lepas makan , kitaorg terus shoot naik ke atas . Perjalanan kalini ambik masa dalam 1 jam sebab ada banyak angel angel yang ikut aku , so banyak pitstop yang dilakukan untuk mengambil gambar - gambar diorang ...

Tempat kat atas ni korang boleh jugak nak berpicnin dan sebagai nya sebab suasana dia yang tenang dan nyaman . Kalau ada tali pancing kat rumah , boleh jugak bawak sebab area air terjun ada ikan tengas yang korang boleh tangkap , tapi jangan la dok pi bawak joran sampai 2 meter nanti orang ingat korang pemegang surat kuning pulak nanti ...


ha ni contoh ikan yang aku dapat 

Lepas dapat ikan ni , korang prepare la awal awal bawak pes ikan bakar , arang , dapur semua untuk bakar ikan fresh ni , lepas tu menlantak lah korang puas puas .. tapi time aku pergi ni membawa sekumpulan orang rumah so sampai kan macam macam diorang bawak ..

sampai kan cerek bosar ni pun pi bawak eh hahaha ...

Untuk aku rekomen kan tempat ni adalah 8/10 , sebab jalan dia yang tak extreme tapi kalau nak tenang tenang boleh la datang sini , aku tak dapat nak post pasal Air Terjun Maya Karin disebabkan sebab sebab yang tertentu .. tapi aku ada sikit gambar time kat Maya Karin tu 




ni gambar air terjun Maya Karin


Ni sebab kan terlalu lapar boleh buat maggi guna aluminium foil je..

So korang boleh la datang jenguk bawak anak - anak ke bawak family ke kawan kawan semua ..

macam biasa sedikit blooper yang disediakan 


Itu je dari aku kalini jumpa next episodddd 
" Two Three Cat Eating , Lepasni Kita Post Lagi "

Comments