WELCOME TO ALAM

Asalamaualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca,

Saya di sini ingin menjemput serta mengajak anda semua bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke ALAM.

# Once a seaman, Always a seaman.


Source : Google

Anda semua boleh memohon melalui pelbagai cara, antaranya ialah :
- Laman Rasmi ALAM (www.alam.edu.my)
- Menghadiri ALAM Outreach program
- Scan Qr Code dan mengisi Google form

Terdapat dua bidang yang ditawarkan iaitu :
- Diploma In Nautical Studies
- Diploma In Marine Engineering


Source : Google


Kolam Renang turut disediakan untuk latihan berenang dan persiapan - persiapan lain sebelum menaiki kapal. Jurulatih yang berpengalaman mengajar teknik - teknik yang betul semasa berada di dalam air dan menjaga keselamatan para pelajar.



Source : Google


Beginilah keadaan di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran diadakan. Kelas yang menghadap laut memudahkan ilmu untuk masuk ke dalam otak kerana ia memberikan ketenangan sewaktu tekanan. Subjek pula kebanyakannya berturutan mengikut semester. Jadi ia memudahkan para pelajar belajar dengan penuh efisyen.



Source : Google


Pusat Sumber atau di panggil Maritime Library And Resource Centre (RC) di sini seperti yang tertera didalam gambar juga disediakan bagi memudahkan para pelajar mencari maklumat tentang subjek - subjek yang terdapat di Alam ini. Ianya beroperasi bermula dari 8.30 pagi hingga 10.00 malam setiap Isnin hingga Jumaat.


Itu sahaja serba - sedikit tentang Alam yang dapat saya kongsikan. Jika anda berminat, boleh lah melayari laman rasmi Alam iaitu (www.alam.edu.my).

Harap maklumat ini dapat membantu para pembaca yang sedang mencari institusi pengajian tinggi untuk melanjutkan pelajaran.

Sekian, terima kasih.

Asalamualaikum.

Comments