SUNGAI CHILLING FISH SANCTUARY !!! (PART1)

Assalamualaikum and Good Morning BLOGGERRSSSS !!!
okay harini bersama aku dalam rancangan " kemana kita ni ??? " , harini aku nak cakap pasal sungai chilling kat Kuala Kubu Bharu . First sekali aku akan cerita kan dulu tentang Sungai Chilling ni dulu . Sungai Chilling ni terletak dekat area KKB or Kuala Kubu Bharu , dekat je dengan bandar KKB tu . Tempat ni sebenarnya fish sanctuary ataupun kawasan perlindungan ikan kelah . So ni memang hotspot untuk korang tengok and mandi dengan ikan kelah , tapi tak boleh nak tangkap bawak balik jadi ikan peliharaan ke apa ehh 😠😠😠 Sungai Chilling ni tutup start hari isnin sampai khamis , diorg bukak jumaat sampai ahad je so memang pack macam mall kat situ





Dah taknak cakap banyak moh kita masuk , but sebelum masuk ada caj kena bayar RM1 sebagai orang kata salam perkenalan hahahah , and korang kena tulis nama , nombor ic , and nombor telefon korang ... kalau nak bagi no kekasih sekali pun boleh jugak  😳😳😳 lepas je dah bayar apa semua korang boleh la mula mendaki , bagi aku jalan dia tak beberapa mencabar just banyak kena redah anak sungai jee ... so kalau ada family yang nak bawak anak anak kecik pun bolehh



Perjalanan nak sampai ke bahagian atas or puncak air tejun ambil masa dalam 40 min untuk aku , tu pun sebab ada perempuan eh , kalau aku sorang je 10 min dah sampai ,🤣🤣🤣🤣 korang aku taktau lah bergantung pada cara korang jalan , sepanjang jalan tu kau akan lintas anak anak sungai dalam 3 / 4 anak sungai , time tu dah boleh nampak dah ikan kelah semua dalam tu , oh ya and kat kaunter time korang masuk tu ada jual roti , so boleh la beli untuk bagi ikan ikan tu makan ...



Tempat ni menarik sebab air dia jernih gila , ada canopy tree ke apa tah nama so memang tak rasa panas , sejuk je dari bawah sampai atas and ada ranger hutan yang jaga kat situ , so tak perlu nak rasa takut kalau hilang ke kena tangkap dengan lipan gunung ke apa . Okay aku skip part trail tu untuk korang rasa sendiri trail dia macam mana . Now aku skip terus part sampai puncak air terjun .



Aku lupa mana aku letak gambar air terjun dia , korang terpaksa naik sendiri untuk tengok and air terjun dia sumpah cantik , dekat atas tu main spot untuk korang mandi manda ikan , selain mandi dengan ikan , "anak ikan" pun ada so korang kena hati hati la kang salah ikan korang mandi nanti 🤣🤣🤣 


Ni time aku pergi tak berapa nak pack , tapi kalau korang pergi time cuti umum ke apa ke memang rasa macam dalam mall , orang orang luar negara pun datang nak pergi kat sini , kalau tak , tak dipanggil la sebagai salah satu air terjun yang cantik kat Selangor ni ... Bagi aku untuk rekomen korang datang ke sini around 10/10 sebab takda alasan untuk korang tak datang kat sini , so sampai sini je aku nak share kat korang , selebihnya kena rasa sendiri ya kawan kawan.. Jumpa lagi di next entry


Ni ada sedikit blooper untuk korang hahaha , jangan tanya kenapa ternganga aku kat belakang , penat uiii .. akhir kata dari aku 
" Two Three Cat Running , Jumpa Lagi Di Next Entry " 🤣🤣🤣

Comments