MY TOP MARTIAL ARTS MANGA


 
Assalamualaikum guys, harini aq nak share some of my top martial arts manga. So here are the list:

1.Mujang


Ok so manga Mujang bertalatar di Goryeo in miltary regime time. Manga ni menceritakan tentang dendam seorang wira perang yang lahir daripada golongan hamba yang seterusnya diangkat menjadi seorang General Perang. 



2.Dokgo

                                               

Manga Dokgo ni menceritakan tentang Kang Hyuk yang dikenali sebagai Dokgo selepas menewaskan 30 pelajar sekolah menengah dengan bersendirian semasa masih di sekolah rendah. Dokgo kembali ke sekolah dengan menyamar sebagai kembarnya yang telah mati , Kang Hu untuk mencari pembunuh kembarnya.

Manga ini mempunyai sequel iaitu Dokgo Rewind.


Dokgo Rewind ini merupakan flashback sebelum Kang Hu dibunuh.



3.Kengan Asura


Manga Kengan Asura ini menceritakan tentang Tokita Ohma yang menyertai Kengan Fight, yang merupakan pertatungan underground. Kengan Fight ini bermula pada zaman Edo dan merupakan sistem untuk para usahawan bertaruh di mana pemenang diputuskan dengan perlawanan antara gladiator mereka. Manga ini memperlihatkan Ohma yang bertarung untuk membuktikan kekuatannya.

Manga in mempunyai sequel iaitu Kengan Omega.


Kengan Omega memgambil tempat 2 tahun selepas tamatnya Kengan Annihilation Tournament.




4. Karate Shoukoushi Kohinata Minoru


Mengisahkan tentang Kohinata Minoru , seorang pelajar kolej di sebuah kolej sukan terkenal. Minoru merupakan seorang gimnas yang kemudiaannya terlibat dalam dunia karate selepas diselamatkan daripada dibuli oleh Mutou Ryuuji, seorang pelajar karate. Minoru mula menemui rakan baharu dalam dunia karate dan mempelajari kisah silam mereka termasuklah sebuah kejadian yang melahirkan perasaan dendam.



5.The God Of High School


Manga ini dimulai dengan mempamerkan sebauh pulau lesap daripada permukaan bumi dan pada masa yang sama , sebuah organisasi menjemput pelajar-pelajar muda dari seluruh dunia untuk menyertai sebuah pertandingan di mana pemenang memperoleh apa-apa yang dihajatinya. Mereka hanya menjemput pelajar-pelajar yang terbaik dalam berlawan untuk merebut hadiah dan gelaran “The God Of High School”.








Comments