MY TOP 5 ANIME : SLICE OF LIFE

MY TOP 5 ANIME : SLICE OF LIFE





Assalamualaikum, this is my third entry in this blog. Thanks for the views kat post aku, aku harap korang pon tengok jugak entry blog lain sebab content diorang pon best juga. Kalini aku nak bercakap tentang genre 'SLICE OF LIFE'. Genre ni mengenai, cebisan hidup watak utama di dalam anime tersebut. Ia juga bercerita  mengenai selingan kisah kehidupan watak utama. Genre ni selalunya dikaitkan dengan kehidupan harian manusia dan tidak berkait dengan supernatural element langsung. Genre ini juga banyak memberikan kita lesson and moral kehidupan. This Is My Top 5 Anime :Slice Of Life.



5.HYOUKA/HYOKA

SOURCE:GOOGLE
Cerita ni bermula dengan permintaan kakak watak utama iaitu Oreki untuk menyertai sebuah kelab di sekolahnya. Kelab tersebut bernama Kamiyama High School's Literature Club, perminaan kakaknya untuk menyertai kelab tersebut telah menyelamatkan kelab tersebut dari dibubarkan. Dengar ja nama kelab tu macam bosan tetapi selepas menyertai kelab tersebut, terdapat pelbagai misteri yang menyelubungi kelab tersebut. Oreki dan ahli kelab tersebut bertekad untuk menyelesaikan semua misteri yang menyelubungi kelab tu. Anime ni hanya 22 episode sahaja, tak banyak pun.




4.GREAT TEACHER ONIZUKA/GUREKO TICHA ONIZUKA

SOURCE:GOOGLE 
Anime ni ditayangkan pada tahun 1999, dan mempunyai 43 episode. Even cerita lama pon aku layan juga sebab cerita ni ada it's own value. Cerita ni mengisahkan seorang gangster yang ingin menjadi seorang guru hanya untuk mendapatkan wanita. Selepas menjadi seorang guru dengan pendidikan yang rendah , dia mula sedar bahawa sekolah itu lebih memerlukan bantuan daripada keinginannya tersebut.Akhirnya dia mula bertekad untuk menjadi guru yang paling hebat dalam sejarah. Dia mulakan misinya dengan mendidik pelajar kelasnya seorang demi seorang untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi walaupun menggunakan cara-cara yang melanggar undang-undang dan merbahaya. Nama anime ni pun dah great dah apatah lagi storyline dia sebab cerita ni penuh dengan moral value. 




3.MOB PSYCHO 100/MOBU SAIKO HYAKU


SOURCE: GOOGLE
Anime ni hanya ada 2 season dan mempunyai 29 episode sahaja. Cerita ni mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Shigeo Kageyama atau nicknam dia Mob, dia ni seorang yang introvert skit, pemalu dan tak confident dengan diri sendiri. Walaupun memiliki ciri-ciri negatif ni dia merupakan seorang esper yang mempunyai kuasa psychic yang luar biasa. Mob hanya nak kehidupan biasa sahaja , oleh itu dia bekersa sebagai penolong Reigen Arakata yang mengaku bahawa dia juga mempunya kuasa tersebut. Dia bekerja pun sebab nak control diri sendiri dari hilang kawalan dan menyalahgunakan kuasanya. By the way, kalau korang tengok watak utama anime ni iaitu Mob, korang teringat tentang siapa?



2. THE PET GIRL OF SAKURASOU/ SAKURASOU NO PET NA KANOJO

SOURCE: GOOGLE
Cerita ni hanya mempunyai 1 season sahaja dengan 24 episode keseluruhannya.Cerita ini mengenai Sakura Dormitary yang menempatkan pelajar Suimei University Of Art yang paling bermasalah . Selepas dibuang dari dorm biasa di university tersebut kerana membela kucing di dalam dorm, Sorata Kanda dipindahkan ke Sakura Dormitary. Selepas dia dah selesa tinggal kat dorm tu, Mashiro Shiina ,
pelukis terkenal juga berpindah ke dorm tersebut. Jadi Sorata terpaksa menjaga Mashiro kerana Mashiro tidak pandai untuk menguruskan hal peribadinya sendiri. Cerita ini mengenai kisah hidup mereka.





1.VIOLET EVERGARDEN/VAIORETTO EVAGADEN

SOURCE:GOOGLE
Siapa yang pernah tengok cita ni akan faham perasaan aku masa episode last habis, memang sedih and aku puas hati dengan ending dia even aku nak tengok perjalanan hidup Violet dengan orang sekeliling dia . Cerita ni mengisahkan tentang Violet yang dulunya seorang askar yang hebat even dia seorang wanita. Tentera tidak memerlukan Violet lagi kerana kematian ,Gilbert, orang yang menjaga Violet dan juga suka pada Violet itu telah mati, dia tiada hala tuju .Oleh itu ,Caudia yang merupakan kawan kepada Gilbert mengambil dia bekerja sebagai penulis surat di syarikatnya.Every episode ada kisah tersendiri dan juga kebanyakan daripadanya memang sedih sangat lagi-lagi episode yang Violet tulis surat daripada seorang ibu yang nazak dekat anak dia. Fuh sedih mat episode tu, aku mengaku aku sendiri menangis lepas tengok episode tu.



And that is My Top 5 Anime : Slice Of Life. Aku akan tulis banyak lagi tentang 'MY TOP 5 BEST', so stay tuned for my next entry.

PEACE OUT...

Comments