Rumah Ilmu Remaja Kuala

Assalamualaikum geng.
Apa khabau???
So far macam mana?Pishang tak kene kurung dalam rumah??hahahaha
Takpe biarlah kene kurung asalkan diri selamat.
Sebelum tu geng,macam yang kita tahu virus COVID-19 adalah sangat bahaya.Jadi aku nak nasihatkan k0rang #stayathome.Jangan keluar rumah pulak.Biar mak bapak korang je yang keluar rumah itupun kalau nak beli keperluan macam barang dapur.Kalau bosan sangat,pergilah main game ke,tengok movie ke,papelah asalkan kau tak menyushkan orang sudah!OK!habis bebel....
 SEKARANG ni,biar aku sambung cerita aku yang tertangguh haritu!!!
Entri lepas,aku ada cerita pasal sekolah rendah aku yang agak membosankan bagi korang, tapi bawa seribu makna dalam kehidupan aku.Sebenarnya macam-macam aku boleh cerita,tapi tak eloklah kalau aku nak cerita kat entri.Nanti kang korang kata aku syokk sendiri pulak.hahahahahha....
Jadi harini aku nak cerita sikit pasal Sekolah Menengah aku.
Macam aku cerita,result UPSR aku Alhamdulillah lah.Boleh lagi sambung sekolah menengah!!!
Habis je sekolah rendah aku terus mohon SBP-aku dapt SBPI SELANDAR,aku pergi cuma tulah mungkin bukan rezki aku untuk belajar kat situ.Aku ambil keputusan untuk keluar.Then aku masuk sekolah harian biasa.-SMK RAHMAT.Kat sini,Alhamdulillah,macam-macam aku belajar.Aku pengawas dulu geng kat sini(paling berdisiplin).hahahahha...
Meh sini nak cerita sikit,kalau tak silap,aku masuk SMK Rahmat around August yang pasti lepas raya.Mula-mula masuk,biasalah geng,aku tadah je semua bende orang kata.Ada yang kritik,ada yang bagi sokongan untuk terus belajar.Maklumlah,dapat sekolah elok-elok kau keluar.Tapi takpe,pada pendapat aku,untuk dapat pengalaman yang extreme,aku kene survive kat tempat yang mencabar.In this point,aku salute kat member-member aku kat sini sebab diorang mampu kawal diri diorang dari terpengaruh dengan pengaruh yang tak elok.Ramaii arrr...Anip,Farizz,Nasrul,Ipan,Aidil,Firdaus,Shafie dan ramaii lagiii.....perempuan pun  ada gak.
ni logo sekolah aku.

Apa yang menariknya pasal dorang ni,dalam persekitaran yang mencabar,unity dorang tu boleh dikatakan hampir sama dengan budak asrama.Contohnya,waktu aku F2,dorang gang up  then buat satu grup."Geng Ulau" kot.Comel je nama  geng tuuu..actually aku bukan antara ahli geng ni.sebab aku tak minat sangat.tapi aku selalu perhati dalam diam.Seriously,that was one of my best memories ever in secondary school.Walaupun aku tak minat sangat untuk gang up.Tapi berkawan dengan diorang is  worth it.OK!habis bodekkk.....hahaha
Orait sambung balik.Waktu F2,aku banyak belajar tentang menghormati antara satu sama lain.Masa ni,somthing happen between aku dgn some0ne.BUT to make it simple,pada akhirnya aku mengaku bahawa itu silap dan ego aku sendiri.Geng!Bila korang gaduh dengan someone,korang mesti susah nak mengaku salah sendiri.Apa salahnya u just let the cycle end with u!Jangan biar amarah dalam diri pengaruh diri korang.Kadang memaafkan,melepaskan,dan merelakan adalah satu perkara atau perbuatan yang susah untuk buat.Tapi kita kene terima fakta dan hidup dalam realiti.Aku sendiri geng,bukan baik sangat tapi bila dah marah tu masih cuba untuk tenang,maafkan dan lepaskan.Apa mat saleh kata!!MOVE ONNN....Helllo MOVE ON ni bukan tuk bercinta jeee...tapi untuk semua bende yang kau rasa susah untuk relakan tau lepaskan.ok habis dahh bebel!!
Sebenarnya aku rasa waktu F2 kat sekolah ni,macam tak banyak belajar sangat.Banyak Fun-Fun.hmmmm enjoyy jelahhh.Tapi dalam masa enjoy ni...selalulah jugak kene bebel dengan ustazah.hahahahah..macam ni dialog"awak ni pelajar pandai,takkan nak terpengaruh dengan dorang yang tak elok tu semua!!!bla bla bla bla bla........"haishhh macam-macam.Tapi geng,bagi aku bebelan tu adalah satu memori bila kau dah tak kene bebel dah.lagi-lagi bila aku dah masuk ALAM ni.asek kene marah jee.hnmmmm
ni waktu perhimpunan kitorang.santai-santaii jeee atas tarrr...
ni kawasan kelas aku waktu f2.gazebo ni memang port lepakk arhhhh..
orang lain jangan masukk.huishhh


Masuk F3,ni  mood belajar dah sampai.Itupun still main-main.ha ha  ha.itu yang result aku tah papeeee..Tahun ni.tahun paling banyak keluar malam.Mak aku ni garang sikit jadi bila nak keluar WAJIB bagitau mak.kang tak bagitau kene tido luar pulak.
So nak jadikan cerita,aku selalu keluar pergi rumah Anep.Naik motor kapcai buruk warna biru bapak aku. Tujuan tu memang study tapi kebanyakannya lepak je.Jadi yang lain pun akan selalu datang sini macam Aidil,Akmal dan Nasrul.Sorry!kami lepak tak hisap rokok ye,saya ANTI-ROKOK.tengoklah kadang-kadang main game.kadang baring jeee...kalau tak lepak rumah Anep,aku study dengan Firdaus dekat bawah lampu jalan.Dok kat pangkin(katil yang mak aku buang),pastu study dengan dia kat depan rumah.
Kat sekolah,aku study macam biasa  disebabkan kelas aku tahun ni sebelah bilik guru,perangai aku baik sikit berbanding tahun-tahun sudah.Aku tak boleh lupa waktu F1 kene kejar dengan sorang budak perempuan ni dengan penyapu sebab kacau dia...hahahahha.lintang pukang aku lari.time ni  nasib baik cg Norashikin Ali ada.kalau tak?????hahahhahaha tak tahulah apa jadi..soooo pendekkan cerita aku study sampai habis Pt3.Alhamdulillah result tu boleh bawak pergi sambung F4.hmmmm....
Ok selain dari study,aku main hoki kat sini.tapi takdelah pro.kalau nak main tuk negara tu confirm juara arrhhh(acahhhhhh jee).
Kawad kaki kadet polis jangan main-main.Juara sekolah tau.
Girlfriend.I stay single,aku tak main kepal-kepal  nii...ewwwww...(gurau) je..
Nope.Tak bercinta(seingat akulah).tapi kalau crush ni adalah kott..sampai sekarang orang yang sama.hahaha.dahlah!asek kene rejectt jeee.haahhah.muka tak handsome kot.atau tuhan nak bagi yang lagi lawa dan cantik dari yang sekarang..hahahhah deeppppp...
So geng,secara konklusinya melalui cerita aku yang merepek kat atas tu,ada banyak pengajaran yang aku boleh kongsikan.Pertama,jangan menilai seseorang tu dari sekolah yang dia belajar.Tapi nilai dia dari akhlak dan disiplin dia.kalau dia pandai tu bonus.Sebab ada orang pandai,akhlak dengan disiplin dia kelaut.Kedua,semua sekolah membentuk jati diri yang mantap untuk anak murid.Kredit untuk anak murid kalau dapat mesej dan aplikasikan apa yang disampaikan dari pihak sekolah.Ketiga,pembentukan dan pengawalan diri sendiri dari pengaruh negatif tu berbalik kepada diri sendiri.Murid tu sendiri kene pandai jaga jangan terpengaruh.
Apa???Nak cakp sekolah bandar atau budak pandai takde kes pelik2???Bersepah je geng bende macam tu.sama je.tak ada beza.Mak ayah kene kawal anak-anak.

contoh macam ni.bukan kat sekolah je.kat rumah pun ada pengaruh jugak deeee..

Sedangkan kalau lembu kau jaga pun,kne selalu perati.Bila tiba masa kene masuk kandang.Kalau lembu tu pergi salah tempat,tuan dia kene horn atau sebat bontot dia, suruh dia balik.Barulah lembu tu faham.Barulah dapatlah hasil yang baik.Senang citer geng,kalau Lembu baik,takdelah orang maki tuan dia.Kalau taknak lembu jadi ahat.Kurung je lembu tu.
Kasar kan contoh aku.tapi itu sewajarnya.Parents!pls jangan nilai anak-anak hanya dari akademik.Mak aku selalu pesan.Kalau nak berkawan jangan tengok status keluarga atau akademik semata-mata.Tengok dan nilai akhlak,disiplin,dan juga sumbangan dia pada masyarakat.

ok habis.aku nak cepat.so gambar ni pun jadi.belakang berdiri tu Ipan,duduk dari kiri Aku,Anep,Nasrul

OK habis....SEKIAN.
nanti aku sambung entri.dah zohor geng cau dulu.

Comments