MY TOP 5 ANIME MOVIE

MY TOP 5 ANIME MOVIE


This is my first entry in this blog. Maybe you guys wonder who am I, nama penuh aku Tunku Luqman Adib dan aku jenis yang suka tengok anime. Eventhough banyak lagi anime yang aku tak tengok lagi but still consider myself as anime lover, and now is my top 5 anime movie


5.WOLF CHILDREN/ OOKAMI KODOMO NO AME TO YUKI

SOURCE:GOOGLE

Cerita ni mengisahkan tentang seorang pelajar kolej ,Hana, yang jatuh cinta dengan seorang lelaki yang merupakan seekor werewolf. Mereka kemudian mempunyai dua orang anak iaitu Yuki and Ame. Tak lama selepas tu ayah mereka mati dalam kemalangan semasa sedang mencari makanan untuk mereka. Jadi Hana terpaksa membesarkan anaknya seorang diri kerana anaknya boleh bertukar menjadi serigala jadian seperti ayah mereka. Aku memang recommend cita ni kat korang sebab dia punya storyline memangpadu teroks ah.



4.ONE PIECE STAMPEDE

SOURCE:GOOGLE
One Piece Stampede merupakan salah satu movie One Piece favourite aku selepas One Pieze Film Z.
Bagi siapa yang tak layan anime ni takkan faham movie ni tentang apa dan apa yang berlaku dalam movie ni. Movie ni tentang The Worst Generation yang berkumpul semasa pirate carnival yang merupakan sebuah perangkap untuk 'lure' semua pirate yang kuat untuk dikalahkan. Douglas Bullet yang rancang semua ni sebab dia nak jadi yang terkuat di kalangan pirate. By the way, Douglas Bullet ni dulu bekas crew Gol D Roger, so korang leh agak la dia kuat ka tak.



3.WEATHERING WITH YOU/ TENKI NO KO

SOURCE:GOOGLE
Walaupun anime ni aku tak tengok lagi tapi base on review movie ni memang best .Filem ni ditulis oleh Makoto Shinkai, semua filem dia tak pernah tak best. Aku memang suka semua filem Makoto Shinkai ni sebab semua filem dia lain dari yang lain and also plot twist dia, fuhh mantap bhai.Cerita ni mengisahkan tentang seorang pelajar lelaki yang lari ke Tokyo dan berkawan dengan seorang anak yatim yang mempunyai kuasa manipulate weather. Aku pon tak boleh cita banyak sebab aku sendiri tak tengok lagi, aku taknak di cop 'palatau'.Hahahaha.




2.SILENT VOICE/KOE NO KATACHI

SOURCE :GOOGLE
Aku tak boleh decide either cita ni or cerita Kimi no nawa di tempat pertama sebab dua-dua memang blow off my mind.Tapi aku decide cerita ni di tempat kedua disebabkan satu perkara sahaja,nanti aku beritahu sebab dia.Cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang selalu membuli seorang wanita yang bisu semasa mereka kecil.Selepas berita dia membuli tersebar, kesemua kawannya memulaukan dia walaupun mereka juga buli budak perempuan ni.Selepas mereka memasuki ke sekolah tinggi lelaki tersebut dengan tak sengaja bertemu semula denga perempuan yang pernah dibulinya suatu ketika dahulu dan telah jatuh cinta padanya. Korang tengok la movie ni kalau nak tahu apa yang terjadi.




1.YOUR NAME/KIMI NO NAWA

SOURCE:GOOGLE
Kalau korang nak tahu sebab aku letak cita ni di tempat pertama adalah kerana cerita ni Makoto Shinkai yang tulis dan dia punya soundtrack dia memang buat cerita ni lagi best, aku recommend korang dengar juga soundtrack dia kat youtube.Cerita ni mengisahkan tentang Taki,seorang pelajar lelaki yang belajar di Tokyo dan Mitsuha, seorang pelajar perempuan di kawasan perkampungan. Mereka dengan tidak sengaja tertukar badan disebabkan oleh satu fenomena aneh yang terjadi. Makoto Shinkai punya plot twist tu memang membuatkan bulu roma aku meremang. Aku memang recommend sangat anime ni kat korang kalau korang nak tengok something new and fresh.




And that is my top 5 anime movie. Aku akan tulis banyak lagi tentang 'TOP 5 BEST' , so stay tuned for my next entry.

PEACE OUT...



Comments

Post a Comment