MY TOP 5 ANIME: ISEKAI

MY TOP 5 ANIME : ISEKAI



This is my second entry in this blog. Mesti korang tertanya-tanya apa itu isekai, meh aku explain apa itu isekai .Isekai bermaksud dunia lain, kebanyakan anime bergenre isekai ini selalunya watak utama ini berpindah atau terperangkap dalam dunia lain. Seringkali dunia ini sudah wujud di dunia protagonis sebagai dunia fiksyen, tetapi ia juga mungkin tidak diketahui oleh protagonis.This is my top 5 anime: isekai.



5.THE CAT'S RETURN/NEKO NO ONGAESHI

SOURCE:GOOGLE
Mesti korang tak pernah dengar cerita ni kan, cerita ni ditayangkan pada tahun 2002 dan cerita ni berdurasi 1jam 15 minit.Tak la lama sangat kan, even aku tak berapa ingat sangat storyline dia macam mana sebab aku layan cerita ni lama dah tapi cerita dia tetap best. Cerita ni mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah tinggi bernama Haru yang suka bercakap dengan kucing. One day, Haruselamatkan kucing dari dilanggar oleh sebuah lori, rupa-rupanya kucing yang dia selamatkan tu merupakan putera  Kerajaan Kucing . Sebagai tanda terima kasih putera kucing itu menghadiahkan sesuatu kepadanya sebagai tanda perkahwinan dan jawapan Haru yang teragak-agak itu dianggap sebagai YA.Kemudian Haru dipaksa ke dunia kucing tersebut disebabkan oleh lamaran putera kucing tersebut.Storyline dia  memang takkan buat korang bosan ,  kalau korang nak tahu apa terjadi kepada Haru, korang tengokla cerita ni.




4.DIGIMON/DEGIMON

SOURCE:GOOGLE
Anime ni kalau korang tak tahu , korang memang childhood korang bosan aku boleh jamin.Cerita ni ada 7 season and 384 episode kesemuanya. Banyak en, aku pon tengok season first ja, hahaha. Tak larat aku nak tengok semua.Kalau korang rajin boleh la tengok anime ni.




3.OVERLORD/OBARODO

SOURCE:GOOGLE
Ni salah satu cerita dalam anime list aku sebab aku tak tengok lagi. Cerita ni ada 3 season and 39 episode, tak la banyak sangat kalau nak dibandingkan dengan Digimon. Cerita ni mengenai sebuah game DMMORPG yang bermaksud DIVE MASSIVELY MULTIPLAYER ROLE PLAYING GAME. Game ni merupakan yang paling terkenal dikalangan semua game DMMORPG.Selepas sekian lama game ni wujud, akhirnya server game ni nak shut down, means nak tutup la game ni, tetapi seorang gamer ni nak juga stay log in sampai server tu tutup. Bila sampai masanya untuk server tu shut down , it never happen, but dia terperangkap dalam game tu, dia tak boleh keluar or meseh orang lain So macam mana dia survive? Korang layan la anime ni nanti kay.




2.SPIRITED AWAY/SEN TO CHIHIRO  NO KAMIKAKUSHI


SOURCE:GOOGLE
Movie ni berdurasi 2jam 5 minit, one of the best storyline anime ever. Cerita ni ditayangkan pada tahun 2001 dah lama jugak la movie ni ada.Cerita ni mengisahkan Chihiro, seorang kanak-kanak perempuan yang mahu berpindah ke rumah baharu mereka, then bapak dia mahu mengambil shortcut ke rumah baharu mereka akan tetapi mereka telah sesat dan tiba disebuah terowong.Terowong itu merupakan terowong ke dunia roh , tetapi keluarga Chihiro dan dia tak tahu mengenai hal itu. Oleh itu mereka masuk juga ke dalam terowong itu.  Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, tengokla cerita ni.Tak larat den nak cita, kalau nak aku cerita kira-kira 2jam lebih jugakla.




1.SWORD ART ONLINE/

SOURCE:GOOGLE
Anime ni ada tiga season semua sekali, aku x sure anime ni ada brapa episode . Tetapi apa yang aku tahu cerita ni memang best, bagi aku season first paling best dari kesemua season.Semua season mengenai game lain-lain tapi character yang sama. Cerita ni punya storyline lebih kurang cerita Overlord sebab diorang pon terperangkap dalam game dan tak boleh keluar. Akan tetapi kalau diorang mati dalam game ni diorang akan mati juga di dunia sebenar.Oleh itu  diorang kena survive dalam game ni dari dibunuh.Aku recommend tengok season first dulu sebab baru korang akan faham season seterusnya.


And that is My Top 5 Anime:Isekai.Aku akan tulis banyak lagi tentang 'MY TOP 5 BEST',so stay tuned for my next entry.

PEACE OUT...



Comments