wuxia vs xianxia

Assalam geng dan selamat tengahari.

Amacam duk rumah??Bosan ann??takpe kita sama.
So harini,jom baca entri aku yang lain dari yang lain harini.

Kat ALAM,bila ada waktu lapang,aku suka tengok cerita Wuxia tau.Mostly drama ni semua datang dari Mainland China.Well,biasanya kalau kat ALAM,member aku semua akan perli."Asek tengok cerita Cina jeee"...
Dia memang crita Cina tapi more to drama or fantasy or Kung Fu.KIND OF arrrrr.....

ok so secara ringkas biar aku terangkan sedikit perbezaan antara wuxia drama dengan xianxia drama.

Basically,Wuxia ni lebih kepada realiti.Contohnya acam korang tengok cerita Ip Man tu..
Dia fight takde guna pejadah magic semua tu..lebih kepada tenaga,fizikal dan latihan serta kecekalan.

ni scene waktu Ip Man datang US.dye fight dengan Karate fighters beb kat Chinatown.confirm arr menang.



 Kalau xianxia pulak dia adalah genre baru dari wuxia.senang cerita sebenarnya xianxia ni adaptasi daripada cerita dari wuxia.Tapi yang menariknya dia ada magik,kultivasi(macam power),ada demon,gods.Memang cool arr.Xianxia ni lebih ke Taoism.Apa taoism???kau google sendiri.tulah kelas ethic dngan sivik kau membuta!! haishhhh..
Ok contoh untuk drama Xianxia ni kebanyakannya dari Anime atau manga wuxia.
Contoh paling best korang boleh tengok drama Fight Break Through Sphere.sumpah BOEKKKK>>>

Ni hero dye.sumpah best.aku tak nak spoil cerita lebih-lebih.korang tengok dulu nanti komen kat bawah.

Ok jadi aku dah ceritakan perbezaan antara Wuxia dan Xianxia,sekarang untuk pastikan korang betul-betul faham apa yang aku cerita kat atas tadi,aku nak syorkan korang tengok few drama Wuxia dengan Xianxia.

Pertama,aku cadangkan princess agents.cerita ni lebih kepada perjuangan seorang perempuan untuk balas dendam terhadap apa yang berlaku pada masa silam.Serius korang kene tengok.heroin dye sumpah lawa.

Tengok tau.

Kedua,aku cadangkan untuk korang tengok The Great Ruler.Drama ni contoh terbaik untuk Xianxia drama.Baru je release awal tahun ni.Ada 48 episod.Ringkasnya,cerita ni pasal perjalanan yang perlu ditempuh oleh seorang remaja dalam menyelamatkan dunia dari Kuasa Jahat(Evil Deeity).Dalam perjalanan tu,dia dah rasa percintaan,pengkhianatan,persahabatan dan pengorbanan.Hero dia nama Mu Chen dan pasanganya nama Luo Li.Tapi satu yang tak best tu actor yang dorang amek tu macam kerass arr..jadi bila tengok tak dapat feel sangat.senang citer ramai orang kutuk pelakon dia.hahhhahahahahha.
tengok ye!!!
ni novel yang dorang adaptasi jadikan real.WOWW>>>

Ketiga aku cadangkan The Legend Of Chusen ataupun Noble Aspirations.Cerita ni bagi aku adalah the best ever lah.Totally dia mengisahkan tentang seorang anak muda,Zhang Xiao Fan yang pada waktu kecil kehilangan kedua ibu bapa tercinta.Selepas tu,dia dan rakannya dimasukkan ke sekolah magic KunLun,dibesarkan sehingga belasan tahun sehinggalah Raja Kejahatan ingin  menghidukan dewa kejahatan.Xiao Fan banyak bertarung dengan Raja Kejahatan.Tapi dalam masa yang sama,Xiao Fan telah jatuh cinta dengan anak perempuan Raja Kejahatan.Akhirnya Xiao Fan dituduh mengkhianati dunia.Kecelaruan yang menimpa Xiao Fan terutama trauma kerana kehilangan parents pun datang menghantui  hidupnya.Tambahan lagi Xiao Fan telah mewarisi ilmu dari banyak sekolah menyebabkan pengetua sekolahnya ingin membunuhnya kerana risau dia akan menghuru-harakan dunia.Oleh yang demikian,Xiao Fan merasakan dia tiada tempat sama dunia kebaikan atau kejahatan.
ni Tajuk dia.kalau kau reti baca macam aku alhamdulillah.kalau tak kau pi lah tengok kat google.

Ni hero dye,Zhang Xiao Fan

Ni Heroinnya,Zhao Li Ying.(aku memang minatt dohhh)

Aku pun nak cadangkan korang untuk tengok drama ni semua kat IQIY,dramacool atau kissasian.Rasa laman web ni je yang ada cerita ni semua.

so basically korang nampak kan cerita wuxia banyak pasal Taoism.Bagus tengok tapi hati-hati ye jangan sampai songsang pulak diri nanti terpengaruh.ambil yang baik jadi pengajaran.keburukan tinggalkan dan ubah jadi positif alright??????

Ok jumpa pada entri yang lain nanti.\
Sekian.Bye.







     

Comments