BUKIT SAGA AMPANG !!! (PART2)

Assalamualaikum and Good Morning BLOGGERRSSSS !!!
kembali korang dengan aku dalam rancangan " Ke Mana Kita Ni ??? " , kalini aku nak menceramahkan kepada korang pasal Bukit Saga dekat Ampang . Macam biasa aku akan cerita dulu tentang Bukit Saga ni dulu , Pada tahun 1956 , Bukit Saga ni jadi kubu pertahanan British semasa peperang dunia kedua , and pada tarikh korang baca ni , korang dah kena tipu dengan aku 🤣🤣🤣 okay sambung balik , Bukit Saga ni salah satu tempat mencabar untuk hiking dekat selangor ni , sebab jalan dia banyak naik tangga so kalau kaki yang dah lama tak memanjat , balik rumah confirm menggeletar kaki nak jalan . Tempat dia sekarang dah ada construction site dekat tepi , so memang korang kena lalu dekat site tu dulu untuk start naik , and mintak la izin dulu , kita kan orang melayu yang penuh dengan budi bahasa 👼👼👼



Bukit Saga ni ada banyak laluan naik , salah satu nya dari Flat Taman Saga and korang boleh nampak belah Hulu Langat dari Top Point Bukit Saga ni.


Bagi aku , Bukit Saga ni lagi extreme dari banyak banyak tempat yang aku panjat , sebab dari awal korang akan panjat dengan jalan yang bertangga , so korang akan rasa lenguh dari awal , then tempat dia mostly curam yang agak tinggi , kadang korang kena pakai tali yang ada kat situ sebagai pemegang , lepastu jalan batu kat situ yang agak licin , memang kena pakai kasut yang betul betul grip untuk keselamatan korang , kalau pakai selipar asadi kat pasar malam , aku tak tahu la nak cakap apa . 

korang kena lalu atas titi ni 

ni contoh tali yang korang kena pegang untuk jalan sebab kawasan dia batu licin

kawasan dia memang berlumut and licin , tu aku kata kalau pakai sandal asadi jugak tak tahu la nak cakap apa 


Okay selepas dah mengharungi segala rintangan , lautan api semua korang kena redah , then sampai la dekat spot air terjun yang dinantikan . Dekat Bukit Saga , ada banyak air terjun , tapi main spot dia satu je yang paling besar , disebabkan terlalu ramai kat situ so aku pun cari la private place untuk aku melepaskan gian aku .. korang jangan fikir lain , gian maksud aku tu untuk lepaskan keinginan nak mandi air terjun tauu ...

 sini jelah aku dapat lepaskan gian


                                                   

ni scene gempak sikit sebab ada slow-mo gituu

So dekat sini aku ambil masa agak lama sebab kawasan dia yang agak sukar , dalam 1 jam jugak la aku panjat , sorang pulak tu sebab aku terpisah dengan kawan kawan aku yang lain . Tapi dekat atas kitaorg jumpa balik .

ha ni la geng geng aku dari sekolah sampai la dah masuk alam Universiti ni

Jadi sampai situ je aku punya post pasal Bukit Saga ni , sedikit advice kalau nak naik bukit saga ni , korang kena datang awal untuk lalu kawasan site tu sebab diorg pun nak buat kerja jugak , bawak air yang cukup , jangan lupa stretching and have fun semuaa !!!!
seperti biasa akhir kata 
" Two Three Cat Walking , Warm Up Dulu Before Hiking "




Comments