MY TOP 5 ANIME : POST APOCALYPTIC

MY TOP 5 ANIME : POST APOCALYPTIC




Assalamualaikum, this is my fourth entry in this blog, lama jugak la aku tak post kat blog ni and sekarang aku nak sambung tulis blog ni . Maklumlah sekarangkan musim COVID-19 semua orang pakat nk main fon, so maybe lagi ramai yang boleh tengok  blog aku lepas ni. Kalini aku nak cakap tentang genre 'POST APOCALYPTIC'. Genre ini tentang tamadun manusia yang terjejas akibat perang, serangan makluk asing , penyakit  dan lain lain yang boleh bawa kematian.kebanyakan anime ni jenis yang ganas and contain a lot of blood, hahaha macam scary en. This Is My Top 5 Anime : Post Apocalyptic





5.TERRA FORMARS

SOURCE : GOOGLE
Cerita ni antara cerita yang paling ganas aku pernah tengok, sumpah ganas. Kalau orang yang suka tengok cita yang ganas boleh la tengok cita ni dia punya scene bunuh-bunuh tu en, pergh seram beb. Korang try ah tengok sikit pasal cita ni kat youtube kalau nak tahu la cerita ni macam mana. Cerita ni mengenai manusia yang nak jelajah Marikh untuk tengok boleh tak manusia tinggal kat planet tu, tapi ada makhluk lain yang tinggal kat situ. Makluk tu mula bunuh manusia yang diorang nampak, dah la besar, kuat and aku makhluk tu lipas yang telah berevolusi. So tau tau la scary mana binatang tu.





4.HIGHSCHOOL OF THE DEAD
SOURCE : GOOGLE
Aku ni jenis yang suka cerita zombie, macam World War Z, Resident Evil, Overlord dan lain-lain.
Lepas aku dengar yang ada anime tentang zombie ni aku try la tengok, bagi aku cita ni best jugak la even cita ni 12 episode ja. Bagi aku cita ni tak berapa sesuai ngan budak-budak sebab orang kata cita ni tak senonoh sikit, so faham-faham la. Wabak zombie ni start masa diorang kat sekolah, dan diorang cuba survive this outbreak even diorang ni budak sekolah menengah ja.





3.TRIGUN 
SOURCE :GOOGLE
Even cita ni cita lama  aku tengok ja, cita ni ditayangkan pada tahun 1998 and ada 26 episode. Bplek kata rancak gak la cita ni. Vash atau Vash The Stampede, dah menghancurkan sebuah bandar dan sebab itu ramai bounty hunter kejar dia. Vash ni hilang ingatan ataupon amnesia, so dia boleh ingat hanya cebisan dari memori dia tentang bandar yang telah hancur dan juga kisah dia semasa kecil. Masa lalu dia misteri sikit oleh sebab tu cita ni buat aku rasa suspen skit.




2.DR STONE

SOURCE : GOOGLE
Cerita ni aku baru ja habis tengok haritu, tu pun Syahiran yang suruh aku layan cita ni. Rupanya cita ni memang best, tak menyesal aku tengok. Aku recomend cita ni kat korang yang belum tengok cita ni. Cerita ni mengenai satu dunia yang tiba-tiba bertukar menjadi batu termasuk Senku yang merupakan watak utama cerita ni. Lupa nak bagitau yang Senku ni pandai gila. Lepas 3700, Senku berjaya lepaskan diri dia dari jadi batu. Dia cuba cari penawar untuk revive smua orang yang jadi batu. Korang tengok la cita ni sebab ni baru season first and ada 24 episode. So korang layan ah cita ni, penat aku nak cita semua. 





1.ATTACK ON TITAN/SHINGEKI NO KYOJIN

SOURCE : GOOGLE
Siapa yang tak pernah dengar pasal cerita ni memang aku tak tau nak cakap apa. Cerita ni baru 3 season and episode dia tak banyak mana pun ,so korang kena la tengok cerita ni, korang takkan menyesal tengok cita ni.Cerita ni tentang sebuah bandar yang diancam oleh titan yang makan manusia. Manusia yang hidup didalam wall ni semua selamat. One day, one giant titan and armoured  titan destroy one of its three wall. So orang yang tinggal di dalam kawasan tu semua kena makan. Eren,Mikasa and Armin antara yang terselamat  so diorang ni berjanji untuk datang balik and bunuh semua titan yang pecah masuk situ. Ni baru summary episode satu. Nak aku buat summary semua episode ka? Sorry aku tak rajin nak buat semua tu. Apa yang aku boleh buat cuma suruh korang tengok cita ni sendiri. 




And that is My Top 5 Anime : Post Apocalyptic. Aku akan tulis banyak lagi tentang 'My Top 5 Best', so stay tuned for my next entry.

PEACE OUT...

Comments